Pengarah Baharu Warnai Pertandingan Anugerah Tribute P. Ramlee

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 6:00 AM

Para pengarah yang bakal terlibat dalam pertandingan Anugerah Tribute P. Ramlee. FOTO: ROHAIZAT MD DARUS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anugerah Tribute P. Ramlee 2016 bakal menyaksikan penglibatan lebih ramai pengarah baharu yang diberi kepercayaan menerbitkan telefilem untuk dipertandingkan bagi edisi ketiga acara berkenaan.

Penerbit Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor berkata, biarpun masih baharu namun idea dan kreativiti mereka tetap diambil kira tambahan pula kriteria untuk pemilihan tahun ini lebih ketat.

"Jika tidak diberi peluang sampai bila pun mereka akan berada di tahap sama dan peluang diberikan ini seharusnya digunakan sebaik mungkin dalam menerbitkan sebuah karya bermutu.

"Alhamdulillah penyertaan pada tahun ini banyak daripada pengarah baharu dan tidak boleh dinafikan mereka mempunyai idea yang kreatif dan segar berdasarkan tema diberikan," katanya kepada mStar Online.

Rosyam ditemui pada majlis sidang media Tribute P. Ramlee di sini, Selasa.

Sebanyak 16 telefilem dan 12 penulis skrip terpilih untuk menyertai program berkenaan pada tahun ini yang bakal bermula pada Oktober depan.

Manakala Anugerah Tribute P. Ramlee dijangka diadakan pada Januari 2017.


Datuk Rosyam Nor.

Tambah Rosyam, kesemua pengarah dan penulis skrip perlu membentangkan sendiri idea dan konsep telefilem yang bakal diterbitkan kepada barisan panel RTM berbanding sebelum ini ia dibuat oleh pihak Suhan Movies.

Katanya lagi, tahun ini pihaknya dan RTM menerima lebih 40 penyertaan dan rata-rata tampil dengan idea dan konsep menarik.

"Dua edisi sebelum ini hanya kami yang buat pembentangan tetapi berbeza dengan kali ini pengarah dan penulis skrip perlu melalui proses 'pitching' idea mereka.

"Ini perbezaan pada tahun ini sejajar dengan kematangan Anugerah Tribute P. Ramlee itu sendiri dan mahu melihat lebih banyak telefilem berkualiti diterbitkan.

"Persaingan memang sengit kerana skrip yang baik dan sesuai dengan tema dikehendaki dan sebab itu kita tambah telefilem yang bertanding dari 13 pada dua edisi lalu kepada 16 tahun ini," jelasnya.

Dalam pada itu, Rosyam berkata, pada tahun ini juga telefilem yang bertanding bukan sahaja perlu menggunakan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tetapi skrip ditulis perlu diilhamkan daripada elemen semangat, idea dan falsafah Seniman Negara itu.

"Tanpa kita sedari pemikiran Allahyarham jauh kehadapan menerusi idea dan falsafahnya dan apa yang pernah ditonjolkan dalam karyanya berlaku pada hari ini.

"Sebab itu kriteria tahun ini bukan hanya menerusi lagu-lagu ciptaannya tetapi falsafah dan semangatnya diketengahkan," ujarnya.

Berikut adalah senarai 16 telefilem yang bakal menyertai Anugerah Tribute P. Ramlee 2016.

1. Fantasia Bulan Madu (Fahmi Sarindi - Pengarah / Shah Rizal Mashur - Penulis Skrip)

2. Saling (Wan Afzam Wan Daud - Pengarah / Siti Jasmina - Penulis Skrip)

3. Segalanya Dia (Hisyamudin Ahmad - Pengarah / Mazelan Manan - Penulis Skrip)

4. Tanya Sama Pokok (Nuhalim Ismail - Pengarah / Sofia J. Rhyland - Penulis Skrip)

5. Biar Biola Berbicara (Sabri Yunus - Pengarah / Mazelan Manan - Penulis Skrip)

6. Sri Bulan (Datin Paduka Suhaimi Baba - Pengarah & Penulis Skrip)

7. Hey Missy! (Nizam Zakaria - Pengarah / Wan Mahanu - Penulis Skrip)

8. Kalau Jodoh Tak Ke Mana ( Anjeli - Pengarah / Azean HK - Penulis Skrip)

9. Redhaku Untukmu (Dira Abu Zahar - Pengarah / Wan Mahani - Penulis Skrip)

10. Putih Kemboja (Pali Yahya - Pengarah / Mazelan Manan - Penulis Skrip)

11. Apek dan Siti (Kye Fariz - Pengarah / Sheeran Din - Penulis Skrip)

12. Peluang Kedua (Zamri Zakaria - Pengarah / Lynn Ahmad - Penulis Skrip)

13. Malam Ku Bermimpi (Melissa Saila - Pengarah / Megat Fauzi - Penulis Skrip)

14. Kembara Nal Dara (Al Jafree Mat Yusof - Pengarah / Tam Suhaimi - Penulis Skrip)

15. Aku Dan Dia (Feroz Khan - Pengarah / Sharifah Abu Salem - Penulis Skrip)

16. Sabotaj (Keoi - Pengarah / Sharifah Abu Salem - Penulis Skrip)
Tags / Kata Kunci: Tribute P. Ramlee , Rosyam

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan