Chicco Jerikho Disukai Ramai Peminat Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 5:30 AM

Chicco memberitahu mempunyai pengikut dari Malaysia di laman sosial miliknya biarpun namanya tidak begitu dikenali di negara ini. Foto AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Biarpun nama Chicco Jerikho tidak begitu dikenali di negara ini namun pelakon popular Indonesia itu mempunya ramai pengikut dari Malaysia menerusi laman sosial Instagram dan Twitter.

Chicco atau nama sebenarnya Chicco Jerikho Jarumillind, 32, berkata, dia dikenali selepas sinetron lakonannya berjudul Aishiteru ditayangkan di Malaysia pada 2013.

"Mungkin saya belum begitu dikenali secara meluas namun saya mempunyai ramai pengikut dari Malaysia di Instagram dan Twitter gara-gara sinetron lakonan saya turut ditayangkan di negara ini.

"Ia sesuatu diluar jangkaan saya tetapi berasa gembira kerana mereka sering bertanya bila mahu datang ke Malaysia atau berlakon di sini," katanya kepada mStar Online.

Chicco ditemui pada tayangan pra-tonton filem terbaharu lakonannya Aach...Aku Jatuh Cinta di sini pada malam Isnin lalu.

Filem arahan Gavin Nugroho itu turut menampilkan aktres Pevita Pearce dan ia bakal ditayangkan pada Mac depan.

Chicco bergandingan dengan Pevita Pearce dalam Aach...Aku Jatuh Cinta. 

Aach...Aku Jatuh Cinta adalah sebuah karya kolaborasi di antara Malaysia iaitu FiTA studios dan Multivision Plus (MVP) sebuah syarikat produksi diiktiraf Jakarta, Indonesia dalam pengeluaran, promosi dan pengedaran kandungan media.

Dalam pada itu, Chicco berkata, dia melihat kelebihannya mempunyai pengikut dari negara ini sebagai satu kelebihan untuknya mengembangkan karier seninya di Malaysia termasuk berlakon dalam produksi tempatan.

Malah dia berharap dengan kerjasama di antara Indonesia dan Malaysia akan terdapat lebih banyak filem usahasama diadakan bagi mengeratkan dan mengembangkan industri perfileman kedua-dua negara.

"Seperti mana pelakon Indonesia lain saya juga mahu mengembangkan karier di sini kerana kita bukan sahaja serumpun tetapi banyak kerjasama lain boleh dilakukan bagi kepentingan industri filem kita," ujarnya.

Bercakap mengenai Aach...Aku Jatuh Cinta, Chicco berkata, ia adalah sebuah filem romantik komedi yang berlatarbelakangkan era 70-an sehingga 90-an.

Jelasnya, ia bukan sahaja sebuah filem biasa kerana ia turut memaparkan perubahan Indonesia dari tiga era berbeza.

"Ia sebuah filem cinta komedi ringan tetapi penuh dengan lapisan-lapisan tentang kasih sayang dan sepanjang terlibat dalam karya ini saya cukup berbesar hati.

"Diharap peminat di Malaysia akan menyukai filem ini seperti mana saya seronok melakonkannya," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan