Liza (Hot FM) Enggan Dedah Bakal Suami, Mahu Elak Fitnah

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 5:30 AM

Liza bakal menamatkan zaman solo pada 27 Februari ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM, Liza menjelaskan dia tidak memuat naik gambar bakal suaminya iaitu Mohd Khairil Mohd Ghany di mana-mana laman sosial sebelum disatukan sebagai suami-isteri kerana ingin mengelakkan fitnah.

Liza atau nama sebenarnya Khairu Norliza Khairudin, 30, berkata, lelaki berkenaan juga tidak selesa menjadi tumpuan memandangkan dia bukan selebriti seperti.

"Sejak di awal perkenalan kami sehinggalah bakal menjadi suami-isteri saya atau dia tidak pernah memuat naik gambar kami berdua di laman sosial.

"Selain tidak selesa kami juga ingin mengelak fitnah daripada pengikut laman sosial memandangkan kami berdua belum ada sebarang ikatan sah," katanya kepada mStar Online.

Liza dan Mohd Khairil bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 27 Februari ini di Kuantan, Pahang.

Terdahulu, pasangan berkenaan yang sudah berkenalan selama setahun mengikat tali pertunangan dalam satu majlis kecil-kecilan pada 10 Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, Liza berkata, dia memilih Mohd Khairil sebagai suami kerana terpikat dengan sikap berterus terang selain menyifatkan lelaki berkenaan sebagai seorang yang tenang dan memahami.

Liza akan memulakan tugas di stesen baharu dibawah Rangkaian Radio Media Prima pada Mac.

"Walaupun tempoh perkenalan kami singkat tetapi keserasian di antara kami cukup baik malah bakal suami seorang yang lebih suka menunjukkan perasaan dalam bentuk perbuatan dan bukannya sekadar kata-kata.

"Alhamdulillah saya bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang tenang dan memahami malah dia menyokong saya meneruskan karier sebagai penyampai radio selepas berkahwin," katanya yang memberitahu bakal suaminya itu seorang pelatih peribadi.

Sementara itu, Liza berkata, keputusannya mengundurkan diri daripada Hot FM dan menyertai stesen baharu Media Prima pada Mac ini juga adalah demi suaminya.

Jelas Liza, dengan berubah angin ke tempat baharu dia dapat meluangkan lebih masa dengan suami kerana waktu kerja yang lebih fleksibel.

"Dia menyokong karier saya jadi sebagai isteri saya juga perlu berkrompomi dan sebab itu saya mengambil peluang diberikan pihak pengurusan untuk berhijrah ke stesen baharu itu nanti," katanya.

Rangkaian Radio Media Prima Berhad dijangka akan mengumumkan mengenai stesen radio baharu itu menerusi satu sidang media yang akan diadakan pada Mac depan.

Tags / Kata Kunci: Liza Hot FM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan