Demi 'Munafik' Nabila Huda Masuk Dalam Peti Mayat

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 6:00 AM

Demi menjayakan sebuah babak dalam filem Munafik, pelakon Nabila Huda sanggup menyorok dalam peti mayat. Foto IZZRAFIQ ALIAS.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nabila Huda tidak keberatan apabila diminta untuk menjayakan babak yang memerlukan dia menyorok dalam peti mayat dalam filem terbaharunya lakonannya Munafik.

Nabila, 32, berkata, dia tidak berasa kekok berada dalam peti berkenaan kerana sebelum ini pernah melakukan adegan sama dalam filem lain lakonannya.

"Memang seram berada dalam peti mayat tambahan pula saya tahu peti bersebelahan saya ada mayat sebenar yang tidak dituntut di dalamnya.

"Tetapi saya tidak keberatan melakukan adegan berkenaan kerana saya pernah masuk dalam peti mayat sebelum ini dan ingin memberikan terbaik dalam lakonan saya.

"Alhamdulillah peluang menjayakan watak sebagai Maria dan saya gembira dapat berlakon dalam Munafik kerana jarang dapat tawaran filem seram," katanya kepada mStar Online.

Nabila dan Syamsul teraju utama Munafik.

Munafik arahan Syamsul Yusof yang juga memegang watak utama dalam filem berkenaan bakal berada di pawagam pada 25 Februari ini.

Selain Syamsul dan Nabila ia turut menampilkan barisan pelakon seperti Fizz Fairuz, Sabrina Ali, A. Galak dan Datuk Rahim Razali.

Dalam pada itu, Nabila mengakui, peranannya sebagai Maria bukan mudah dan menyifatkan watak berkenaan adalah paling sukar pernah dibawanya.

Bagaimanapun kata Nabila, Syamsul terbuka dalam memberi kebebasan kepadanya untuk memberi corak dan warna kepada watak Maria mengikut kesesuaian.

"Syamsul seorang pengarah yang tahu apa dia mahu dalam watak yang dicipta dan sebagai pelakon saya cuba ikut kehendaknya namun dia juga terbuka kepada kreativiti saya sebagai pendukung peranan itu," ujarnya.

Barisan pelakon filem Munafik. 

Sementara itu, Nabila berkata, dia bersyukur sepanjang menjalani penggambaran Munafik dia tidak mengalami sebarang kejadian paranormal sehingga menganggu fokus.

"Ketika berada di set, pihak produksi ada menjemput seorang ustaz untuk bersama kami sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

"Alhamdulillah tiada kejadian pelik berlaku dan semuanya berjalan lancar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nabila berkata, dia bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul Lukisan Cinta arahan pertama pelakon Sharnaaz Ahmad.

Tags / Kata Kunci: Nabila Huda , Munafik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan