Yuna Dedah Album Baharu Lancar 20 Mei Depan

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 5:30 AM

Kulit album terbaharu penyanyi Yuna berjudul Chapters yang bakal berada di pasaran pada 20 Mei depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Album ketiga penyanyi Yuna yang diterbitkan di Amerika Syarikat berjudul Chapters bakal dipasarkan pada 20 Mei depan.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 30, menerusi temubual bersama The Fader pada Jumaat turut mengumumkan lagu Places To Go sebagai single pertama daripada album berkenaan.

Penyanyi itu turut mendedahkan dia bekerjasama dengan komposer terkenal DJ Premier menerusi lagu itu.

DJ Premier seorang DJ dan komposer terkenal sebelum ini pernah menerbitkan album untuk The Notorious B.I.G., Christina Aguilera, Kanye West, Jay Z, Limpi Bizkit dan Busta Rhymes.

"Saya sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan DJ Premier dan masih tidak percaya kami bekerjasama dalam album terbaharu ini.

"Places To Go adalah karya terbaik yang pernah saya tulis sejak sekian lama," katanya.

Terdahulu Yuna dalam satu temubual bersama mStar Online berkata, album terbaharunya itu akan memuatkan 12 buah lagu selain mendedahkan turut bekerjasama dengan bintang R&B Usher dan David Foster.

Sebelum ini, Yuna telah mengeluarkan empat album di Malaysia iaitu Yuna (2008), Decorate (2010), Terukir Di Bintang (2012), dan Material (2015).

Manakala empat album Amerika Syarikat (AS) iaitu Decorate EP (2011), Yuna (2012), Sixth Street EP (2013) dan Nocturnal (2013).

Tags / Kata Kunci: Yuna , Chapters , Palces To Go

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan