Enam Pemuzik Iringi M Nasir Dalam Minggu Setiausaha Menara KL

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2016 5:30 AM

Datuk M Nasir. FOTO: SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Datuk M. Nasir akan menggunakan enam pemuzik iringan pada persembahan sempena Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur di sini pada 28 April depan.

M. Nasir berkata, biarpun persembahannya itu nanti hanya berdurasi selama satu jam namun dia mahu penonton berasa puas dengan bunyi muzik seperti menghadiri sebuah konsert.

"Saya tidak mahu menggunakan rakaman minus one kerana Minggu Setiausaha ini berbeza dan istimewa dalam meraikan penonton.

"Atas sebab itu saya mahu menggunakan iringan muzik 'live' tambahan pula mereka membayar untuk menyaksikan persembahan saya jadi saya perlu hidangkan yang terbaik," katanya kepada mStar Online.

M. Nasir ditemui pada sidang media persembahan yang diberi nama ‘Suatu Masa... Bersama Datuk M. Nasir’ di Menara Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Ia bakal diadakan di Megaview Banquet Hall pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Pelakon Fauziah Ahmad Daud (Ogy) bakal bertindak sebagai pengacara majlis manakala Jay Jay sebagai artis jemputan.


Dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Meor Sharil Anuar Ahmad Rathuan, Ogy, M. Nasir dan Jay Jay. 

Dalam pada itu, M. Nasir berkata, dia teruja dapat bergandingan dengan Fauziah dan Jay Jay kerana ini adalah kali pertama mereka disatukan dalam sebuah pentas sama.

Katanya, selain menyampaikan seleksi rangkaian lagu popularnya dia juga merancang untuk berduet dengan Jay Jay sebagai satu bonus kepada penonton.

"Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Ogy dan Jay Jay tetapi kami bertiga tidak pernah digandingkan bersama.

"Alhamdulillah bersempena dengan Minggu Setiausaha ini kami dipertemukan dan ia memberi kelainan ditambah dengan celoteh Ogy yang mencuit hati," ujarnya.

Tambah M. Nasir dia akan menyampaikan 10 buah lagu termasuk Andalusia, Gerhana, Keroncong Untuk Ana, Mentera Semerah Padi dan Tanya Sama Itu Hud Hud.

Dalam perkembangan sama, Jay Jay berkata, sebagai persediaan dia akan memastikan menjaga kesihatan dan rehat secukupnya memandangkan bukan mudah untuk mengadakan persembahan pada waktu tengah hari.

Dia tidak mahu peminat berasa kecewa dan mahu meninggalkan memori indah kepada mereka yang diraikan bersempena Minggu Setiausaha.

"Insya-Allah saya akan sampaikan seleksi lagu terbaik saya sambil tetamu menikmati makan tengah hari dan penjagaan kesihatan amat saya titik beratkan kerana mahu tampil mantap pada hari tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Ekskutif Menara Kuala Lumpur, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan berkata, pemilihan M. Nasir dibuat berdasarkan perjalanan seni penyanyi itu sepanjang berada dalam industri muzik yang masih utuh sehingga kini.

Jelasnya gabungan bersama Jay Jay dan Ogy dilihat tepat memandangkan masing-masing mempunyai aura tersendiri dan masih diminati ramai.

"Kami amat berbesar hati dapat menghimpunkan ketiga-ketiga lagenda ternama ini di Menara Kuala Lumpur khas buat peminat yang ingin melihat mereka secara lebih dekat.

"Dengan persembahan pemuzik iringan secara langsung dan keletah Ogy yang sporting, Suatu Masa...Bersama Datuk M. Nasir pasti akan menjadi memori indah bersempena Minggu Setiausaha tahun ini di Menara Kuala Lumpur," jelasnya.

Harga tiket yang bagi sebuah meja adalah RM6,880 (Platinum 10 orang), RM4,880 (Gold 10 orang) dan RM2,888 (Silver 10 orang).

Untuk tempahan atau maklumat lanjut hubungi 03-20205444 atau layari www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl

SHAARI CHEMAT
Tags / Kata Kunci: M Nasir

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan