Hattan Kongsi Kisah Hitam Lupa Asal Usul

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 6:00 AM

Hattan hasrat tinggal di kampung halamannya di Negeri Sembilan suatu hari nanti.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Hattan mendedahkan dia pernah melalui fasa kehidupan terumbang-ambing yang membuatkan dia lupa diri dan asal-usulnya sebagai orang kampung.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 52, berkata, perkara tersebut membuatkan kehidupannya tidak berasa tenang biarpun dilimpahi dengan populariti dan kemewahan.

"Saya akui dulu kehidupan saya terlalu taksub mencari duit, lupa diri, asal usul daripada mana saya berasal serta asas-asas agama.

"Kehidupan rumah tangga saya juga hancur kerana saya bawa isteri ke jalan yang salah dan sebab itu juga rumah tangga kami diuji dengan perpisahan. Saya akui hidup ketika itu juga tidak tenang," ujarnya kepada mStar Online mengimbas kenangan lalu.

Bagaimanapun, Hattan berkata, dia bersyukur apabila Allah memberinya peluang kedua untuk menebus kesilapan dan membina semula keluarga bahagia.

Tambahnya, dia menghargai peluang tersebut dan membina semula keluarga itu dengan berasakan ajaran Islam.

"Saya akui jiwa saya sekarang lebih tenang dan bahagia. Saya menikmati dan menjalani kehidupan rumah tangga dengan kasih sayang yang ikhlas.

"Perkahwinan kali ini saya rasakan sangat bermakna apabila menjadi imam kepada keluarga. Merasai nikmatnya bawa isteri ke masjid dan singgah minum kopi bersama isteri selepas balik dari masjid sangat berbeza daripada menghabiskan masa di kelab-kelab malam seperti dulu," ujarnya.

Hattan lalui kehidupan rumah tangga bahagia.

Hattan dan isterinya, Datin Arianie Abidin, 45, berkahwin semula pada 24 Julai 2013.

Pasangan itu pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adam Eiman yang kini berusia 18 tahun.

Tambah Hattan, dia juga menjadi suami yang lebih romantik dan banyak bersabar berbanding perkahwinan mereka sebelum ini.

"Saya rasakan diri saya berubah sedikit demi sedikit, sudah tone down dan lebih romantik.

"Dulu rasa malu nak jalan pegang tangan isteri, tapi sekarang kami jalan pimpin tangan," ujarnya.

Sementara itu, Hattan juga berkata, pada usia sekarang, dia sudah tidak lagi mengejar harta dan kemewahan.

Malah dia berhasrat untuk memulakan kehidupan baharu di kampung halamannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

"Tiada apa lagi yang ingin dikejar dalam hidup, wang ringgit bukan keutamaan, apa yang penting ialah bersyukur rezeki yang Allah beri.

"Kalau rezeki itu datang sedikit pun saya terima kerana Allah akan ganti nikmat yang lain. Kalau ikutkan hati, memang saya sudah tidak mahu tinggal di Kuala Lumpur, namun saya beri masa kepada isteri dan tidak mahu memaksa dia untuk terus tinggal di kampung," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Datuk Hattan

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan