Batuk Dialami David Arumugam Tidak Pulih Sejak 20 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 5:45 AM

David Arumugam sibuk persiapan album baharu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi kumpulan Allycats iaitu Datuk David Arumugam memberitahu keadaan kesihatannya kebelakangan ini terjejas akibat mengalami batuk kronik yang dihidapnya sejak 20 tahun lalu.

David, 66, berkata, dia diberitahu oleh doktor bahawa penyakit itu tidak mempunyai ubat khusus untuk mengatasinya.

"Kesihatan saya terjejas sebab mengalami batuk kronik dan sejak 20 tahun lalu hingga sekarang ia tidak baik walaupun saya sudah buat beberapa kali rawatan di hospital.

"Doktor juga ada beritahu bahawa penyakit ini tiada ubat cuma menasihatkan agar saya banyak berehat sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Beliau yang ditemui pada sidang media Konsert Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada di Istana Budaya, baru-baru ini.

David merupakan salah seorang penyanyi pada konsert yang menampilkan tujuh artis penerima darjah kebesaran daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Datuk Leonard Tan, Datuk Yusni Hamid, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Rossa.

Dalam konsert yang bakal diadakan pada 27 Februari itu, David bakal membawakan tiga buah lagu popularnya iaitu Sampaikan Salam, Hingga Akhir Nanti dan Sang Puteri.

Sementara itu David berkata, batuk tersebut tidak mengganggunya ketika dia membuat persembahan pentas.

"Walaupun saya batuk teruk tapi ia hilang ketika saya menyanyi, itu pun saya pelik kerana saya boleh menyanyi dengan baik setiap lagu tanpa gangguan.

"Bila turun sahaja pentas saya akan batuk dengan teruk semula," ujarnya.

Selain itu, ditanya tentang perkembangan terbaharu, David berkata, dia sedang dalam proses menyiapkan album bersama Datuk M Nasir.

Ia merupakan album ke-31 selepas album terakhir berjudul Rasa yang dirakam bersama mendiang adiknya Loganathan Arumugam pada tahun 2007.

"Sekarang saya sibuk rakaman untuk album baharu bersama M Nasir dan sekarang sudah hampir 20 peratus proses berjalan. Ia akan memuatkan 20 buah lagu baru," ujarnya.

Loganathan Arumugam atau Loga meninggal dunia pada Jun 2007 akibat kanser paru-paru.
Tags / Kata Kunci: David Arumugam

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan