Tiket Bernilai RM5,000 Konsert Diraja Pahang Habis Dijual

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2016 5:30 AM

Dari kiri; Hattan, David Arumugam, Tengku Kamaruzzaman, Leonard Tan dan Yusni Hamid. FOTO: NORAFIFI EHSAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiket termahal berharga RM5,000 sempena Konsert Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 27 Februari ini mendapat sambutan mengejutkan apabila ia habis dijual.

Adinda Sultan Pahang yang juga penaung diraja konsert itu,  Datuk Seri Tengku Kamaruzzaman Sultan Sir Abu Bakar berkata, tiket termahal dalam sejarah Istana Budaya itu melibatkan 100 kerusi laris selepas beberapa hari penjualanya dibuka kepada umum bulan lalu.

"Alhamdulillah, sambutan yang sangat luar biasa dan tiket berharga RM5,000 merupakan harga tiket termahal yang pernah dijual di Istana Budaya.

"Secara tidak langsung ia mengangkat martabat dan prestij Istana Budaya sebagai panggung yang bertaraf dunia," ujarnya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media acara berkenaan yang diadakan di Istana Budaya, di sini pada Selasa.

David Arumugam (kiri) bersama Leornad Tan.

Konsert tersebut bagi meraikan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-85 tahun.

Ia bakal menampilkan tujuh artis yang pernah menerima darjah kebesaran daripada Sultan Ahmad Shah iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, Datuk Leonard Tan, Datuk Yusni Hamid, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Rossa.

Tengku Kamaruzzaman berkata, istimewanya konsert itu apabila buat julung kalinya  seniman dan seniwati tanahair bakal berkongsi pentas di Istana Budaya.

"Pejuang-pejuang seni ini merasakan inilah masa terbaik untuk mereka kembali memberi dan menyumbang kepada pihak yang selama ini telah banyak menghargai bakat seni yang ada dalam diri mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, tiket bagi konsert itu masih dibuka untuk tajaan kepada syarikat luar dan peminat-peminat seni tempatan yang ingin menyaksikannya.

Sementara itu sebuah pameran diraja secara percuma bakal berlangsung selama empat hari dari 24 hingga 27 Februari ini di ruang legar, Istana Budaya.

Katanya, pemeran ini untuk membolehkan masyarakat dapat memahami kepentingan dan sumbangan institusi beraja kepada agama, bangsa dan negara.

"Kami berharap usaha ini bukan sahaja akan dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan masyarakat mengenai sejarah kesultanam negeri Pahang, bahkan sejarah negara secara amnya," ujarnya.
NORAFIFI EHSAN

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan