"Siapa Kata Saya Digam Stesen TV?" - Shuhaimi Lua

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2016 5:45 AM

Shuhaimi Lua menyangkal dakwaan digam oleh stesen televisyen tempatan. Foto Ihsan Instagram @shuhaimilua_director

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah drama Shuhaimi Lua menyangkal dakwaan namanya digam oleh stesen televisyen ekoran kontroversi melibatkannya dengan penerbit Datuk A. Aida tahun lalu.

Shuhaimi berkata, kariernya sebagai pengarah berjalan seperti biasa malah banyak mengarahkan drama untuk siaran stesen swasta.

"Siapa kata saya digam? Alhamdulillah saya tidak pernah digam oleh mana-mana pihak seperti didakwa kerana kerjaya saya sebagai pengarah berjalan seperti kebiasaan.

"Pada saya tidak timbul soal disenaraihitamkan kerana saya masih mendapat tawaran untuk mengarah dan isu melibatkan saya sebelum ini tidak menjejaskan reputasi saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Ada dakwaan mengatakan Shuhaimi Lua digam oleh stesen televisyen tempatan gara-gara pihak berkenaan curiga kewibawaan dia mengarah drama selepas berlaku konrtoversi antaranya dengan produser A. Aida sebelum ini.

A. Aida dikatakan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM30,000 ekoran sikap sambil lewa Shuhaimi kerana dia terlepas pandang beberapa adegan ketika mengarahkan drama bersiri berjudul Puteri Gunung Ledang sehingga penggambaran semula terpaksa dibuat.

Dalam pada itu, Shuhaimi berkata, pada peringkat awal ketika kontroversi itu timbul dia mengakui ada merasai kesannya namun situasi berkenaan tidak berlarutan.

Shuhaimi bersama krew produksi ketika penggambaran telefilem Hilangnya Kasih.

Malah dia menganggap kejadian itu sebagai asam garam dunia hiburan dan tidak mahu menyerah kalah akibat tuduhan tersebut.

"Tipulah kalau saya kata tidak terkesan tetapi Alhamdulillah ia tidak berlarutan lama malah setiap perjumpaan dengan wakil stesen televisyen mereka tidak pernah bangkitkan isu itu.

"Inilah asam garam dunia hiburan dan saya tidak boleh cepat melatah apabila timbul sesuatu isu," jelasnya.

Bercakap tentang projek terbaharunya, Shuhaimi berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Hilangnya Kasih untuk siaran TV9.

Drama mengisahkan pengorbanan seorang isteri yang menjaga suaminya yang mengalami masalah mental akibat diserang perompak itu menampilkan barisan pelakon seperti Janna Nick, Fezrul Khan dan Normah Damanhuri.

Ia bakal ditayangkan di TV9 pada 22 Februari ini pada pukul 8.30 malam.

Selain itu kata Shuhaimi, dia bakal mengarahkan dua buah telefilem lain dalam masa terdekat iaitu Cinta Selawat untuk RTM dan Rajuk (TV9).

"Selain drama-drama berkenaan, saya ada tiga lagi drama yang masih dalam perbincangan sebelum memulakan penggambaran.

"Alhamdulillah juga beberapa proposal yang dihantar ke stesen televisyen mendapat respon baik dan setakat ini tahun 2016 berjalan lancar," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Shuhaimi Lua

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan