Finas Bantu U-Wei Promosi 'Hanyut' RM1.8 Juta

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2016 6:00 AM

Hanyut yang siap pada 2013 dijangka akan ditayangkan di pawagam pada tahun ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan membantu pengarah filem U-Wei Shaari untuk mencari dana sebanyak RM1.8 juta bagi mempromosikan filem Hanyut yang telah tertangguh untuk tayangan sejak 2013.

Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, pihaknya akan memberi bantuan maksimum selain mendapatkan dana daripada badan korporat dan orang perseorangan yang berminat untuk melabur.

"Hanyut adalah sebuah karya yang cukup baik dan sayang ia tidak dapat ditayangkan di pawagam kerana masalah kewangan untuk melakukan promosi.

"Selepas berbincang dan melihat sendiri pelan promosi dibentangkan U-Wei pada Khamis lalu, Finas bersetuju untuk membantu dengan menyalurkan dana untuk tujuan promosi.

"Dana tersebut adalah menerusi skim bantuan pengiklanan dan promosi namun jumlah yang akan diberikan masih belum dapat ditentukan tetapi kita akan cuba beri maksimum," katanya kepada mStar Online.


U-Wei memberitahu kos pembikinan Hanyut menelan belanja sebanyak RM18 juta.

Mohd Khusairi berkata demikian selepas ditemui pada majlis tayangan eksklusif filem Hanyut di Panggung Mini P. Ramlee Finas di sini, Isnin.

Turut hadir pada tayangan tersebut adalah Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman.

Hanyut  yang dihasilkan berdasarkan novel tulisan Joseph Conrad iaitu Almayer's Folly menampilkan barisan pelakon seperti Datin Sofia Jane, Peter O'Brian, Diana Danielle, Adi Putra, Khalid Salleh dan James Corley.

Ia menelan kos sebanyak RM18 juta untuk menyiapkan filem tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Khusairi berkata, pihaknya mensasarkan Hanyut akan ditayangkan di pawagam pada pertengahan tahun ini atau selewat-lewatnya pada Ogos depan.

"Filem ini sudah terlalu lama diperam dan pihak kami optimis dengan perancangan yang betul ia dapat ditayangkan pada tahun ini juga.

"Paling penting sekarang adalah rangka promosi perlu mantap agar karya yang bagus ini akan mendapat perhatian sewajarnya daripada penonton," jelasnya.


Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Sementara itu, U-Wei berkata, sebelum ini pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencari dana promosi Hanyut namun gagal tetapi ia tidak pernah melemahkan semangatnya.

Dia memerlukan promosi kuat untuk Hanyut kerana tidak mahu ia gagal di pawagam seperti mana berlaku kepada karya-karya terdahulunya.

"Ramai bertanya bila Hanyut akan ditayangkan dan soalan itu bagi saya pertanyaan 'sains fiksyen'.

"Saya boleh terus masuk panggung tanpa promosi tetapi ia akan menerima nasib sama seperti filem terdahulu yang pernah saya arahkan.

"Kesudian Finas untuk menyalurkan dana amat besar ertinya pada saya dalam ingin melihat filem ini berjaya meraih perhatian sepatutnya kerana banyak usaha telah dicurahkan dalam menghasilkan Hanyut," ujarnya.

Tambah U-Wei, biarpun Hanyut masih belum ditayangkan di negara ini namun ia telah mendapat pelbagai perhatian ketika ia dibawa menyertai festival filem antarabangsa seperti di Australia, Indonesia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Terbaharu filem itu akan dipertandingkan di Festival Filem Moscow, Rusia pada Jun depan.


Tags / Kata Kunci: Hanyut , Finas , U-Wei

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan