Hafiz Hamidun Rancang Kahwin Selepas Dua Keluarga Bertemu

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2016 5:30 AM

Hafiz Hamidun

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Hamidun merancang untuk menemukan keluarga dia dan keluarga kekasihnya, Adiela Ridzuan sebelum mereka meneruskan perancangan seterusnya iaitu ke fasa perkahwinan.

Hafiz, 32, berkata, dia sudah pun bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun mahu keluarga mereka berkenalan diantara satu sama lain terlebih dahulu agar mendapat keserasian.

"Setakat ini saya dan Adiela ada juga bercakap tentang perkahwinan dan saya meluahkan hasrat untuk berkahwin pada tahun ini. Jadi saya akan tunggu jawapan dan respons di sebelah pihak sana dan biarkan mereka menetapkan tarikh.

"Apa-apapun, buat masa ini saya mahu ibu bapa kami berkenalan dulu. Bukannya merisik. Sekadar untuk berborak biasa untuk mendapatkan keserasian," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, memandangkan perhubungannya dengan Adiela baru saja dijalinkan beberapa bulan lalu, banyak perkara mengenai kehidupan selebriti yang perlu dijelaskan kepada kekasihnya itu yang merupakan seorang model.

Adiela dan Hafiz.

Dia enggan setiap berita yang dipaparkan boleh mengundang perselisihan faham antara mereka.

"Saya ada cakap dengan dia, bercinta dengan artis ni lain sikit. Tambahan pula saya mempunyai hubungan baik dengan media, saya suka berkongsi segala hal tidak kira kerja atau peribadi.

"Biasanya apabila hal peribadi ni orang yang bukan selebriti tidak gemar untuk berkongsi cerita, Alhamdulillah, mujurlah dia faham dan mula menerima apabila kisah kami didedahkan," ujarnya.

Sementara itu, Hafiz bakal melancarkan buku sendiri berjudul Cerita Hati di Kota Bharu Mall, Kelantan pada 25 Februari ini.

Katanya, buku tersebut merupakan pengumpulan kata-kata motivasi dan hikmah yang dimuat naik di akaun Facebook dan Twitter miliknya.

"Sejak lima tahun lalu, saya mula aktif memuat naik status berbentuk motivasi diri dan kata-kata hikmah untuk dikongsikan pada peminat.

"Dan tak sangka pula, status-status seperti itu mampu mendapat sehingga 300,000 like dan lebih 50,000 perkongsian.

"Kebetulan pula syarikat penerbitan buku Dubook menawarkan saya untuk mengumpulkan kesemua status-status berkenaan di dalam sebuah buku maka saya terus bersetuju kerana saya percaya buku seperti itu mampu memberi kebaikan dan manfaat kepada semua," tuturnya.

Tags / Kata Kunci: Hafiz Hamidun

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan