Kutipan Konsisten, 'OlaBola' Kutip RM12 Juta

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 4:49 PM

Para pelakon OlaBola.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Filem OlaBola yang menjadi viral ketika ini menunjukkan angka terbaharu dengan mencatatkan jumlah kutipan melebihi RM12 juta dalam masa 18 hari tayangan sejak menemui penonton pada 28 Januari lalu.

Astro Shaw dalam satu kenyataan kepada mStar Online pada Isnin memaklumkan, filem ini terus menunjukkan sambutan yang konsisten dengan jumlah jualan tiket memberangsangkan.

Selain itu, filem OlaBola masih mengungguli carta top 10 Golden Screen Cinema (GSC).

Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang  keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada  pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan.

Ia adalah kisah yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar.

OlaBola diarahkan oleh  Chiu Keng Guan dan dilakonkan oleh Bront Palarae, JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen.

Bagaimanapun kutipan filem ini belum berjaya mengatasi kejayaan filem Polis Evo pada tahun lalu yang mencatatkan kutipan melebihi RM17.4 juta (berdasarkan rekod Finas).

 

 

Tags / Kata Kunci: OlaBola

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan