Abang Brian (Suria FM) Hasilkan 30 Kek Untuk Kanak-Kanak Bertuah

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 5:30 AM

Brian akan membakar 30 biji kek untuk diberikan kepada kanak-kanak terpilih yang menyambut hari jadi pada Februari. Foto RAYMOND OOI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Brian Chen bakal membuat 30 biji kek untuk kanak-kanak bertuah yang menyambut hari jadi pada bulan Februari.

Brian atau lebih mesra dengan sapaan Abang Brian, 30, berkata, kek berkenaan akan diberikan kepada penyertaan menerusi segmen kendaliannya di Suria FM dan setakat ini ia mendapat sambutan luar biasa daripada pendengar.

"Sebenarnya saya jarang sambut hari jadi malah ulangtahun saya pada 3 Februari lalu pun tiada sebarang sambutan.

"Atas sebab itu saya mengemukakan idea untuk meraikan 30 kanak-kanak yang turut lahir pada bulan Februari dengan menghadiahkan mereka kek hari jadi istimewa kepada mereka.

"Tidak sangka penyertaan yang saya terima cukup banyak malah saya belum pilih 30 kanak-kanak bertuah dengan kisah menarik sebagai pemenang," katanya kepada mStar Online.

Ceria Suria ke udara pada setiap hari Isnin hingga Jumat pada pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Dalam pada itu, Brian berkata, dia akan menggunakan wang miliknya sendiri untuk membeli semua barang keperluan untuk membakar kek bagi projek berkenaan.

Brian semakin selesa bergelar penyampai radio Suria FM.

Malah katanya, dia sendiri akan menghantar kek berkenaan kepada pemenang terpilih dan atas sebab itu juga projek itu hanya diadakan di Lembah Klang.

"Saya sangat teruja walaupun perlu mengeluarkan wang sendiri tetapi tidak mengapa kerana paling penting dapat melakukan sesuatu yang dapat menggembirkan orang lain.

"Bagi menjadikan ia lebih istimewa saya sendiri akan menghantar kek berkenaan," katanya.

Tambah Brian, dia berharap dapat mengadakan peraduan seumpana itu lebih kerap pada masa hadapan dengan sokongan daripada rakan-rakan cef dan selebriti.

Dalam perkembangan lain, Brian berkata, selain Ceria Suria dia juga akan menggantikan Halim Othman dan Linda Onn menggendalikan segmen Suria 30.

Brian mengakui dia berasa gugup kerana segmen berkenaan bukan sahaja sekadar tentang carta lagu tetapi ia melibatkan selebriti jemputan.

"Apabila melibatkan selebriti ia sangat mencabar kerana saya kurang mengenali artis tempatan tetapi saya ambil ia sebagai cabaran kerana pihak pengurusan meletakkan kepercayaan kepada saya.

"Saya juga lega kerana penerbit meminta saya mengendalikan Suria 30 mengikut cara dan acuan saya sendiri," katanya.

Tags / Kata Kunci: Brian Chen , Abang Brian , Suria FM , Ceria Suria

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan