Ayda Jebat Mahu Tembus Pasaran Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 5:45 AM

Ayda Jebat mahu menembusi pasaran Indonesia sebagai penyanyi. Foto AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berbekalkan dua buah single, pelakon Ayda Jebat menyimpan hasrat untuk melebarkan karier nyanyiannya di negara sebarang iaitu Indonesia.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 23, berkata, atas dasar itu juga dia turut menyelitkan genre dangdut menerusi lagu terbaharunya Pencuri Hati dalam menarik perhatian pendengar di negara tersebut.

"Sebenarnya versi pertama lagu berkenaan memang sarat dengan elemen dangdut tetapi ia dikurangkan agar tidak terlalu berat dan sesuai dengan muzik terkini.

"Selain memenuhi permintaan peminat memang menjadi hasrat saya untuk mengembangkan karier nyanyian di Indonesia sekiranya berpeluang.

"Jika ada rezeki saya juga ingin berkolaborasi dengan komposer di sana," katanya kepada mStar Online.

Pencuri Hati
ciptaan Kevin Chin dan liriknya ditulis oleh Ayda sendiri adalah single keduanya selepas berjaya dengan lagu Siapa Diriku tahun lalu.

Dalam pada itu, Ayda menyangkal dakwaan kononnya lagu terbaharunya itu dipilih sebagai lagu runut bunyi drama Isteri Vs Tunang kerana popularitinya.

Ayda sebaliknya berkata, pemilihan lagu berkenaan kerana dirinya sebagai penyanyi tetapi ia adalah karya berkualiti selain menepati tema dan konsep drama bersiri arahan Michael Ang itu.

Ayda semakin dikenali sebagai penyanyi.

"Pencuri Hati tiada perancangan untuk dijadikan sebagai lagu tema drama tetapi apabila Michael menghubungi minta lagu untuk drama arahannya saya anggap ia sebagai satu penghargaan.

"Bagaimanapun Michael tidak segera bersetuju kerana dia perlu membuat penilaian sama ada ia sesuai dengan drama berkenaan.

"Alhamdulillah dia menyukainya kerana bukan saya yang menyanyikan tetapi kerana lagu berkenaan berkualiti dan sesuai dengan jalan cerita Isteri Vs Tunang," jelasnya.

Sementara itu, Ayda berkata, dia tidak kisah sekiranya dia lebih dikenali sebagai penyanyi lagu runut bunyi drama kerana ia bukan suatu perkara negatif.

Ayda berkata, ia sebenarnya adalah medium terbaik dalam mempromosikan lagu kepada pendengar dengan lebih meluas.

"Apa yang paling penting adalah lagu berkenaan berjaya mendapat tempat dihati pendengar dan sebagai penyanyi dan penulis lirik Pencuri Hati saya sudah melakukan yang terbaik.

"Alhamdulillah setakat ini saya mendapat maklum balas positif berhubung lagu tersebut," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ayda Jebat , Pencuri Hati

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan