Awie Didakwa Buat Kali Kedua Kes Pukul Isteri

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 1:46 PM

Awie

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Belum pun selesai kes pukul membabitkan Awie dan bekas isterinya Rozana Misbun di Mahkamah Majistret Ampang, penyanyi rock itu sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini pada Isnin atas dakwaan mencederakan Rozana dalam kejadian pada 2014.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut ketika kes disebut dihadapan Majistret Husna Dzulkifly.

Menurut pertuduhan, Awie didakwa melakukan kesalahan tersebut di hadapan kaunter pengeluaran Amanah Saham Bumiputra (ASB), Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Mahkamah menangguhkan kes tersebut pada 25 Februari ini.

Vokalis kumpulan Wings itu turut menghadapi satu lagi pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun 2014 kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang dekat sini.

Awie turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan kes berkenaan masih berlangsung di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini.

Pendakwaan terhadapnya di mahkamah majistret Ampang itu dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Tags / Kata Kunci: Awie

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan