Jiwa Siti Saleha Tidak Lagi Terganggu Selepas Putus Cinta

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 5:30 AM

Siti Saleha cabar diri berlakon teater.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Siti Saleha memberitahu dia kini berjaya melalui situasi 'jiwa kacau' selepas hubungan cinta selama dua tahun dengan lelaki Eropah berakhir beberapa minggu lalu.

Saleha atau Siti Saleha Mohd. Baharom, 26, berkata, dia yakin perasaan putus cinta yang sedang dilaluinya itu tidak menjejaskan fokus terhadap kerjaya lakonan.

"Ya sekarang saya single dan kini mahu fokus kepada kerjaya lakonan sahaja. Tidak ada apa yang menarik untuk bercerita tentang cinta saya ini.

"Apa yang saya boleh kata hubungan tersebut penuh dengan drama dan Alhamdulillah, jiwa tak kacau lagi dah," ujarnya kepada mStar Online.

Siti Saleha diminta mengulas tentang hubungan cintanya dengan seorang jejaka berbangsa Inggeris yang dikatakan sudah berakhir.

Bagaimanapun, aktres tersebut enggan berkongsi sebab hubungan yang dibina sejak 2014 lalu itu putus.

Sementara itu, Siti Saleha yang bakal menjayakan pementasan teater Zombie La La La berkata, dia menerima tawaran tersebut untuk keluar daripada zon selesanya sebagai seorang pelakon.

Siti Saleha (kiri) bersama pelakon-pelakon teater Zombie La La La.

Katanya, pementasan teater dapat menguji cabaran dan memperbaiki lagi mutu lakonannya dalam drama dan filem.

"Saya suka teater ini ialah tetaer komedi dan watak saya sebagai Cleo Papa adalah watak komedi sahaja. Namun belakon teater ini berbeza dan perlu fokus yang tinggi dan mencabar.

"Pihak penerbit sudah menawarkan beberapa kali peluang belakon teater sebelum ini dan baru sekarang saya dapat terima," ujarnya.

Tambah Saleha, salah satu cabaran untuk pementasan Zombile La La La ini, dia perlu menghidupkan watak tersebut biarpun hanya mempunyai sedikit dialog.

"Teater ini ada lapan pelakon utama dan saya perlu menjadikan watak saya tidak ditenggelami oleh pelakon lain. Namun yang menjadi cabaran ialah watak Cleo Papa tidak banyak dialog berbanding yang lain.

"Ketika sesi latihan bersama Erma Fatima, dia ada menegur saya agar dapat besarkan lagi watak saya supaya dapat dirasai oleh penonton," ujarnya.

Teater Zombie La La La bakal ditayangkan bermula 13 hingga 21 Februari ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Tags / Kata Kunci: Siti Saleha

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan