Syamsul Berasa Kagum Kegigihan Yusof Haslam

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 11:00 AM

Syamsul Yusof kini memegang pangkat Supritenden dalam drama Gerak Khas. FOTO: LOW LAY PHON

(Ubah saiz teks)

AMPANG:  Sifat rajin bekerja Datuk Yusof Haslam tanpa mengira waktu membuatkan pengarah, Syamsul Yusof  melahirkan rasa kagum dengan kegigihan ayahnya itu.

Syamsul, 32, berkata, perkara tersebut membuatkan dia cuba mencontohi ayahnya dalam mengembangkan kerjaya dia sebagai seorang anak seni.

“Kalau nak tahu, ayah saya seorang yang kuat bekerja. Bayangkan, saya sudah masuk tidur, dia masih berjaga dan dia akan bangun pagi sebelum saya.

“Saya  mencontohi kegigihannya, cuma tidaklah sekuat dia. Bagi saya, rehat juga diperlukan dalam sibuk dengan kerjaya,” katanya kepada mStar Online.

Datuk Yusof Haslam

Syamsul ditemui pada majlis pelancaran drama Gerak Khas 2016 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini pada Khamis.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Datuk Yusof Haslam serta  barisan pelakon seperti Raja Ilya, Fattah Amin, Salina Saibi, Mas Khan, Tisha Shamsir dan Deen Maidin.

Mengenai Gerak Khas 2016, drama bersiri yang mula diterbitkan sejak tahun 1999 itu bakal disiarkan pada stiap Jumaat bermula 4 Mac ini, pukul 9 malam di TV2.

Kata Syamsul, musim terbaharu drama berbentuk kepolisan itu memberi kelainan tersendiri di mana karya tersebut akan diarahkan oleh lima pengarah iaitu Aziz M Osman, Faizal Yusof, C Kumaresan, Majed Salleh dan dia sendiri.

“Gerak Khas adalah sebuah drama lama di mana penonton setianya adalah golongan yang sudah berusia. Jadi untuk musim kali ini, saya dan pengarah lain mahu tampil dengan pendekatan berbeza untuk menarik perhatian penonton baru.

“Bukan senang, kami telah berbincang dan berselisih pendapat tentang idea masing-masing bagi mendapatkan hasil terbaik.

“Alhamdulillah, banyak pengolahan yang dibuat termasuklah skrip dan pemilihan pelakon,” ujarnya.

Barisan pelakon Gerak Khas 2016

Dalam pada itu, Syamsul berkata, sebanyak 30 peratus teknologi janaan imej berkomputer (CGI) digunakan dalam Gerak Khas 2016 sekali gus menampakkan ia sebuah drama yang berkualiti tinggi.

“Saya rasa, tiada drama.lagi yang menggunakan CGI sehingga 30 peratus dalam karya mereka.

“Memandangkan adik saya, Syafiq mempunyai syarikat CGI, iaitu Vipers Studio, ia memudahkan lagi untuk kami mengaplikasikan teknologi tersebut bagi menampilkan Gerak Khas 2016 yang lebih berkualiti,” tuturnya. 

 

Tags / Kata Kunci: Syamsul Yusof , Yusof Haslam , Gerak Khas

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan