Menangi Tiket Ke Taman Tema Animasi Movie Park Studio

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 1:01 AM

(Ubah saiz teks)

TAMAN Tema Animasi Movie Park Studio (MAPS) di Ipoh, Perak menawarkan satu pengalaman luar biasa kepada seluruh rakyat Malaysia dengan memperkenalkan watak-watak animasi kegemaran yang harus dikunjungi.

Sehubungan itu pada 27 dan 28 Februari ini, satu acara dikenali Dream My Carnival bakal diadakan yang bakal memberi peluang kepada peminat animasi bertemu dengan maskot masing-masing.

Antara maskotnya ialah Peabody dan Sherman, The Smurfs, Megamind dan Metroman serta BoBoiBoy dan rakan-rakan.

Bakal dipersembahkan dalam karnival itu juga ialah pertunjukan aksi yang akan dilakukan oleh legenda bidang berkenaan serta pelbagai acara hiburan lain yang turut memberi peluang pengunjug memenangi hadiah.


Pengunjung yang mengunjungi taman tema ini juga boleh membeli tiket diskaun lebih awal sementara menanti pembukaan rasminya pada bulan Julai depan.

Tiket diskaun dijual pada harga berikut:

· Beli tiga tiket (dapat percuma 1 tiket)  dengan harga RM180 (dewasa) untuk pemegang kad pengenalan bagi rakyat negeri Perak

· Beli tiga tiket (dapat percuma 1 tiket) dengan harga RM280 (dewasa) bagi bukan rakyat negeri Perak

· Beli satu tiket (dapat percuma 1 tiket)  dengan harga RM155 (dewasa)

Bagaimana menyertai peraduan bagi mendapatkan tiket percuma ini?

mStar Online akan memberikan 20 pasang tiket (20 tiket X 2 orang) untuk pembaca merasai keseronokan di taman tema ini dengan melakukan satu tugasan mudah iaitu hantar foto percutian menarik kepada kami seperti syarat berikut.

1. Pilih SATU keping foto percutian anda (dalam negeri atau luar negara) yang paling menarik.

2. Fikirkan kapsyen yang kreatif pada gambar itu.

3. Nyatakan maklumat diri iaitu nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda.

4. Tuliskan ‘Peraduan MAPS-mStar Online’ pada ‘subject’ di e-mel anda.

5. Hantarkan penyertaan anda iaitu foto beserta kapsyen dan maklumat diri  kepada kami menerusi e-mel editor@mstar.com.my

Tarikh tutup penyertaan ialah 24 Februari 2016 pukul 10 pagi.

Tiket yang dimenangi hanya sah dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Julai 2016 sehingga September 2016. Penebusan tikat boleh dilakukan di My Dream Carnival  pada 27 Februari 2016.

Untuk maklumat terkini mengenai taman tema ini, sila layari www.mapsperak.com atau mengikuti MAPS melalui akaun www.facebook.com/mapsperak
Tags / Kata Kunci: MAPS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan