Ziana Zain Ralat Tak Dapat Hiburkan Peminat Kerana Sakit Tekak

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 5:30 AM

Ziana Zain memberitahu kesihatannya terjejas sejak dua minggu lalu akibat demam panas.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Ziana Zain terkilan tidak dapat beraksi pada peringkat final program Seiras Seirama yang berlangsung pada Ahad lalu akibat mengalami sakit tekak dan demam.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 48, berkata, dia sepatutnya berduet dengan Mas Idayu pada segmen persembahan ikon program berkenaan namun kesihatannya yang terganggu sejak dua minggu lalu membantutkan hasrat tersebut.

"Rasa ralat sangat apabila tengok rakan-rakan lain mengadakan persembahan untuk peminat dan saya hanya dapat tengok sahaja.

"Tetapi hendak buat macam mana keadaan kesihatan tidak mengizinkan dan suara saya pun tersekat-sekat dan serak akibat demam," katanya kepada mStar Online.

Pada program berkenaan peserta yang mirip dengan suara Ziana iaitu Azlina Aziz muncul sebagai juara Seiras Seirama.

Dengan kemenangan itu, peserta dari Negeri Sembilan itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

Ziana bersama Azlina selepas menjuarai program Seiras Seirama.

Dalam pada itu, Ziana berkata, dia tidak berasa tertekan apabila suaranya hampir hilang akibat demam dan menjelaskan sudah mendapatkan rawatan di hospital.

Jelas Ziana, doktor mengesahkan keadaannya tidak membimbangkan selain ia tidak memudaratkan dan perlu mendapatkan rehat secukupnya untuk segera pulih seperti biasa.

"Asalnya demam sahaja tetapi biasalah ia membawa kepada selesema, batuk dan sakit tekak. Doktor juga beritahu tidak perlu bimbang dan perlu berehat," katanya.

Sementara itu, Ziana berkata, dia bernasib baik kerana sepanjang bulan ini dia tidak mengambil sebarang tawaran nyanyian kerana ingin memberi fokus kepada tugas sebagai juri program Maharaja Lawak Mega 2016.

"Masa minggu pertama MLM lagi ada yang sudah tegur kenapa dengan suara saya dan ketika itu saya memang tengah demam.

"Nasib baik bulan ini tidak ambil tawaran nyanyian dan berharap semua mendoakan kesihatan saya segera sembuh selepas ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Ziana Zain , Seiras Seirama

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan