'OlaBola' Catat Angka Baharu, Kutip RM8 Juta - Berita Hiburan | mStar

'OlaBola' Catat Angka Baharu, Kutip RM8 Juta

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Filem OlaBola terbitan Astro Shaw menunjukkan angka luar biasa pada tahun ini apabila mencatatkan kutipan terbaharu iaitu RM8 juta selepas 13 hari ditayangkan.

Berita itu dimaklumkan oleh Astro Show dalam satu kenyataan kepada mStar Online yang dikeluarkan di sini pada Rabu.

Karya arahan Chiu Keng Guan yang sebelum ini turut mengarahkan filem box-office The Journey itu telah mengalahkan filem Mat Moto yang mendapat kutipan lebih RM4.2 juta.

Menurut kenyataan itu, OlaBola mendapat lebih 200,000 juta pendedahan di media sosai selain menjadi trending sebanyak sembilan kali di Twitter.

OlaBolayang ditayangkan bermula 28 Januari lalu menampilkan barisan pelakon seperti Bront Palarae, JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen.

Ia ditayangkan di lebih 120 pawagam termasuk Brunei.

Filem berkenaan mengambil inspirasi daripada kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Tahun lalu, filem Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak mencatatkan kutipan mengejutkuan iaitu RM17.4 juta (berdasarkan rekod Finas).
Tags / Kata Kunci: OlaBola
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan