Azmir Arif & Jeff A to Z Tampil Lagu 'Fly Me To The Moon'

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2016 5:30 AM

Azmir Arif dan Jeff A to Z bergabung menerusi lagu duet berjudul Fly Me To The Moon.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Azmir Arif mengambil pendekatan berkolaborasi dengan Jeff A to Z sebagai rakan duet untuk muncul dengan single lagu baharu, Fly Me To The Moon.

Azmir berkata, Jeff merupakan rakan duet pertamanya selepas lapan tahun terlibat dalam industri seni tempatan.

"Idea untuk berkolaborasi dengan Jeff bermula ketika saya ke sebuah studio rakaman untuk merakamkan jingle dan sambil itu, saya melihat koleksi lagu ciptaan Jeff.

"Dalam banyak-banyak lagu, saya tertarik dengan lagu Fly Me To The Moon yang mengisahkan kekeluargaan dan ia jarang ditampilkan apatah lagi ia mengisahkan tentang kasih sayang seorang bapa kepada anaknya.

Azmir bersama Jeff A to Z.

"Tanpa mengambil masa panjang, saya terus berbincang bersama Jeff dan dia bersetuju untuk menjadi pasangan duet untuk lagu ini," katanya kepada mStar Online.

Tambah Azmir, dia berharap Fly Me To The Moon dapat memikat hati pendengar memandangkan muzik lagu itu dihasilkan mengikut trend terkini.

"Saya juga percaya gandingan penyanyi lama iaitu Jeff dan baru seperti saya mampu menguatkan lagi lagu yang dibawakan.

"Selain itu lagu tersebut juga diselitkan elemen rap dengan lirik lagu yang catchy di mana Bahasa Melayu dan Inggeris dicampurkan," ujarnya.


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan