Nas-T Sasar Sertai Tiga Pertandingan Bina Badan

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 5:45 AM

Nas-T kini beri fokus utama terhadap sukan bina badan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Nas-T memberitahu dia kini melibatkan diri secara serius dengan sukan bina badan bagi menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan dalam negara.

Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar, 33, berkata, tujuannya untuk menyertai pertandingan itu bukan untuk mengejar kemenangan menang, sebaliknya mendapatkan pendedahan terhadap sukan itu.

"Fokus saya ialah bina badan untuk sertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan, tahun lalu saya terlibat dengan dua pertandingan dan tahun ini ada tiga lagi pertandingan besar.

"Masa saya setiap hari banyak habiskan di gimnasium, saya sertai pertandingan bukan untuk menang tetapi mahu capai sesuatu matlamat yang ditetapkan ketika membina badan," ujarnya kepada mstar Online.

Cari pendekatan lain untuk promosi produk kesihatan.

Dia diminta mengulas tentang perkembangannya kini yang kurang kelihatan di stesen televisyen.

Nas-T yang juga duta sebuah produk kesihatan Monsta Lab berkata, dia bertanggungjawab untuk mempromosi produk tersebut dengan cara tersendiri.

"Mungkin duta produk-produk lain di kalangan artis mempromosikan produk mereka di Instagram atau di drama atau program mereka, saya pula ada cara tersendiri iaitu dengan menyertai pertandingan.

"Dengan cara itu juga dapat memberi pendedahan dan bertemu dengan ramai ahli bina badan yang lain. Apabila kita menyertai pertandingan-pertandingan itu kita boleh tahu bahawa badan kita di tahap yang mana," ujarnya.

Dalam pada itu, Nas-T berkata, dia kini sedang melatih rakan-rakan artis lain termasuk pelawak Shuib Sepahtu untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nas-T berkata juga terlibat dengan rancangan musim baharu Meletop Kebaboom yang bersiaran setiap Selasa di Astro Ria.
Tags / Kata Kunci: Nas-T

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan