Pelakon Hanif Safuan Buat Kerja Sampingan Sara Keluarga

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 5:30 AM

Hanif Safuan. Foto AZLINA ABDULLAH

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon baharu Hanif Safuan berkata, keadaan ekonomi negara yang tidak menentu membuatkan dia terpaksa membuat beberapa kerja sampingan lain demi menyara keluarga.

Hanif atau nama sebenarnya Hanif Safuan Hassan, 27, bagaimanapun menyifatkan perkara itu menjadi kebiasaan untuk kebanyakan orang di negara ini dan berharap kerja-kerja yang dilakukan berbaloi.

"Selain menjadi pelakon, saya juga mempunyai perniagaan di bidang fotografi dan kerja-kerja di balik tabir.

"Memandangkan ekonomi tidak menentu, saya perlu bekerja keras untuk menampung keluarga. Apatah lagi isteri saya baru sebulan melahirkan anak sulung kami," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun tambah Ikon Lelaki Maskulin 2013/14 ini, dia tetap memberi fokus sepenuhnya di bidang lakonan memandangkan dia memilih kerjaya itu sebagai karier utamanya.

Sementara itu, Hanif berkata, bukan mudah untuk dia bergelar seorang pelakon yang menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi terpaksa bersaing dengan ramai pelakon baharu yang juga mempunyai bakat yang besar.

"Sekarang ini, pelakon tumbuh bak cendawan dan kebanyakan mereka adalah berbakat.

"Saya perlu bersaing secara sihat dengan mereka untuk berdiri kukuh dalam industri dan perkara itu bukannya mudah.

"Sebelum ini pernah nama saya disenaraikan untuk sebuah drama tetapi pihak televisyen pula tidak mahu. Walaupun ia dilihat sebagai perkara biasa, tetapi lain pula bagi saya.

"Hal itu buatkan saya berkobar-kobar untuk asah bakat menjadi pelakon yang lebih baik dan mudah diterima ramai. Bukan sahaja peminat, tetapi juga pihak penerbit dan stesen televisyen itu sendiri," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, lakonan Hanif dapat disaksikan menerusi filem Pelepas Saka yang ditayangkan bermula 4 Februari 2016.

Selain itu, Hanif juga bakal memulakan penggambaran filem Volkasvagen Kuning terbitan syarikat produksi Metrowelth.
Tags / Kata Kunci: Hanif Safuan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan