Akim Jadi Suami Stacy Dengan Dua Kali Lafaz

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 10:42 AM

Akim Selamat Nikahi Stacy

  • 1 of 7
  • Akim Nikah Stacy

    Penyanyi Akim Ahmad selamat bergelar suami kepada Stacy dengan dua kali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah pada 5 Februari 2016. Dengan dua kali lafaz, Akim sah bergelar suami kepada Stacy. FOTO: Astro

  • Akim Nikah Stacy

    Stacy kelihatan cantik dengan busana putih gading pada majlis bersejarahnya bergelar isteri kepada Akim. FOTO: Astro.

  • Akim Nikah Stacy

    Pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada pengantin perempuan. Akim dan Stacy sah bernikah dengan dua kali lafaz dalam satu majlis di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah pada 5 Februari 2016. FOTO: Astro

  • Akim Nikah Stacy

    Akim menyarungkan cincin di jari manis Stacy selepas akad nikah. Majlis diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah pada 5 Februari 2016. Dengan dua kali lafaz, Akim sah bergelar suami kepada Stacy. FOTO: Astro

  • Akim Nikah Stacy

    Pasangan pengantin bersama keluarga sebelah perempuan bergambar selepas majlis akad nikah. Turut kelihatan anak angkat Stacy yang dipangku Akim iaitu Bell Deluna Valentina (4 tahun). FOTO: Astro

  • Akim Nikah Stacy

    Pasangan pengantin bersama keluarga lelaki yang datang dari Johor.

  • Akim Nikah Stacy

    Akim dan Stacy selemat bergelar suami-isteri dengan dua kali lafaz pada 5 Februari 2016 dalam satu majlis akad nikah di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah. Doakan mereka bahagian ke akhir hayat. FOTO: Astro

x
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Akim Ahmad selamat bergelar suami kepada Stacy dengan dua kali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah kira-kira pukul 10.15 pagi Jumaat.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Akim Ahmad, 25, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 sementara wang hantaran tidak dinyatakan.

Akim dan Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, dinikahkan oleh jurunikah dari Jabatan Agama Islam Sabah iaitu Matlin Dimin.

Stacy berwalikan abangnya iaitu Mohd Adam Hakimi Adam.

Majlis resepsi di rumah pengantin lelaki akan diadakan di Johor Baru pada 26 Februari ini.

Sementara itu, Akim menerusi laman Instagram Hlive mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang mengucahkan tahniah kepada mereka berdua.

"Terima kasih kepada yang mendoakan perjalanan pernikahan kami dan saya doakan anda sentiasa sihat dan dirahmati," ujarnya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015 dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur.

Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor pada 24 Ogos 2015.
Tags / Kata Kunci: Akim , Stacy

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan