Pengarah Kesal 30 Peratus Adegan 'Pelepas Saka' Dipotong LPFM

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 5:30 AM

Filem Pelepas Saka bakal ditayangkan di pawagam bermula 4 Februari ini. Foto AZLINA ABDULLAH.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Pelepas Saka iaitu Hashim Rejab meluahkan rasa terkilan apabila 30 peratus karyanya itu telah dipotong oleh penal penapisan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Hashim berkata, babak tersebut dipotong kerana dianggap mempunyai unsur kurafat yang boleh membuatkan masyarakat terikut-ikut dengan perkara syirik.

"Apabila menghasilkan filem tentang isu saka, kita perlu sampaikan apakah perkara itu dan bagaimana ia boleh dihapuskan. Malangnya pada pengakhiran cerita, penyampaian mengenai pembuangan saka itu perlu dipotong.

"Silap saya pula, jika sebelum ini saya akan buat dua pelan cerita yang berlainan, sebagai langkah berjaga-jaga jika dipotong LPF, kali ini saya tidak buat pelan B tersebut. Kononnya yakin ia tidak dipotong.

"Jadi, mesej yang ingin disampaikan itu akan membuatkan orang tertanya-tanya.  Saya dan kru produksi juga kecewa dengan perkara ini," katanya kepada mStar Online.

Pengarah filem Pelepas Saka, Hashim Rejab.

Hashim ditemui pada majlis pra tonton filem Pelepas Saka di Cathay e@Curve di sini pada malam Selasa.

Turut hadir barisan pelakonnya iaitu Hanif Safuan, Hafizz Bahari, Lydia Izzati dan Nor Albaniah.

Tambah Hashim, dia reda dengan perkara itu namun menganggap budaya Melayu dahulu semakin hilang jika ia tidak dikongsikan kepada umum sebagai ilmu pengetahuan.

"Saya rasa masyarakat sekarang lebih bijak menilai apa yang baik dan buruk. Jika kita tidak tunjukkan budaya Melayu dahulu mengamalkan ilmu syirik, bagaimana masyarakat akan tahu tentang pengetahuan ini.

"Saya percaya, apa yang ditampilkan dalam karya filem tidak menjadi ikutan, sebaliknya ia akan menjadi rujukan dan pengetahuan am kepada umum terutamanya informasi budaya mengamalkan ilmu kurafat ini," tuturnya.

Pelakon utama Pelepas Saka (dari kiri) Hanif Safuan, Lydia Izzati dan Haffiz Bahari.

Mengenai Pelepas Saka, ia mengisahkan kepulangan Haider bersama isterinya, Alisya ke kampung Mestika kerana mahu menghadiri majlis doa selamat yang dilakukan oleh ibu dan ayahnya iaitu Adnan dan Nora.

Selain Haider dan Alisya, adik kembar Haider, Raden juga pulang ke kampung. Mereka sebelum ini begitu rapat dan mula renggang setelah Haider berkahwin dengan Alisya, yang merupakan bekas kekasih Raden.

Selepas selesai majlis doa selamat di rumah Adnan, Asiah telah melakukan upacara melepaskan sakanya pada Haider.

Pelepas Saka yang diterbikan oleh Mangkin Prestij bakal ditayangkan bermula Khamis ini.

Tags / Kata Kunci: Pelepas Saka

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan