Pelakon Nas-T Sahkan Nikah Jumaat Lalu

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 1:03 PM

Nas-T dan Atita bersama anaknya, Opi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nas-T mengesahkan sudah bernikah dengan selebriti Instagram (Instafamous) iaitu Atita Haris pada Jumaat lalu.

Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin bagaimanapun enggan mendedahkan mengenai perkahwinan itu sebaliknya akan berbuat demikian pada sidang media khas yang akan dianjurkan pada Rabu ini.

"Benar saya dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu. Tetapi saya tidak boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. Tunggu sidang media nanti," katanya yang dihubungi mStar Online pada pagi Isnin.

Nas-T mengubah mod status di Facebook sebagai 'sudah berkahwin'.

Nas-T berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan dia dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu.

Selain itu, Nas-T turut telah mengubah status profil di akaun Facebook miliknya sebagai mod sudah berkahwin.

Dalam pada itu, Nas-T berkata dia tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan itu, sebaliknya mahu semua pihak termasuklah pengamal media mendapat tahu serentak menerusi sidang media khas yang akan dianjurkan.

"Kalau boleh saya mahu semua orang mendapat berita ini serentak untuk berlaku adil," ujarnya.

Perkenalan Nas-T dan Atita bermula apabila pemilik sebuah produk yang melantik mereka sebagai duta memperkenalkan mereka atas sebab kedua-duanya masih lagi solo pada tahun lalu.

Nas-T sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nabila Huda. Atita pula merupakan seorang ibu tunggal beranak satu.

Tags / Kata Kunci: Nas-T

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan