Ain Edruce Kongsi Tips Berjimat Di Ishikawa, Jepun

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2016 5:30 AM

Ain (tengah) mengendalikan Mad Markets Ishikawa, Japan Special.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara Ain Eruce akan berkongsi informasi mengenai tips berbelanja dengan lebih jimat di Ishikawa Jepun menerusi program Mad Markets Ishikawa, Japan Special.

Program yang merupakan hasil kolaborasi bersama stesen televisyen terkenal Jepun iaitu Hokuriku Asahi Broadcasting Co. Ltd (HAB) dan Primeworks Studios disiarkan bermula 31 Januari 2016 (hari ini), setiap Ahad, pukul 7.30 malam.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9, Sherina Nordin, Ain akan memberi informasi percutian dan memperkenalkan pusat atau pasar membeli belah yang wajib singgah di Ishikawa sepanjang empat episod Mad Market.

"Pemilihan Ain sebagai hos juga menepati kehendak penonton TV9 dengan cara penyampaiannya yang ceria, santai dan bersahaja dalam mencuba pelbagai perkara baru di Jepun pasti dapat mencuit hati penonton.



"Malah, selain Ain, pengacara popular Jepun iaitu Charisma.com dan Taro & Jiro turut bersama mengendalikan program ini," katanya.

Sementara itu, penggambaran program tersebut diadakan sepenuhnya di Ishikawa selama sepuluh hari.

Menerusi program itu  Ain dan Charisma.com berkongsi pengalaman membeli belah, bersantai dan budaya makan di Ishikawa.

"Antara tempat-tempat yang diterokai ialah Kenroku-en garden, istiadat teh di Shigure-tei, membeli belah di sekitar Kenroku-en Garden, bersantai di 21st Century Museum of Contemporary Art, makan di Shitimiya dan macam-macam lagi.

"Ain dan Charisma.com juga telah berkunjung ke Hakukou-kan, di mana mereka melakukan aktiviti kraftangan dengan menggunakan cebisan emas, sebuah industri tradisi unik yang hanya boleh ditemui di bandar kecil ini," ujarnya.

Layari laman web www.tv9.com.my serta Facebook, Twitter &  Instagram @TV9Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

Tags / Kata Kunci: Mad Market

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan