Ella Angkat Tema Anti Dadah Pada Konsert April Depan

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 5:40 AM

Ella

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu rock negara iaitu Ella bakal mengangkat tema Anti Dadah menerusi konsert terbesarnya dalam tempoh 10 tahun iaitu Ella 2016 yang bakal berlangsung pada 16 April depan.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 49, berkata, dia memilih tema itu dalam usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja.

"Saya terpanggil untuk tampil dengan tema ini selepas melihat senario penyalahgunaan dadah semakin berleluasa di kalangan masyarakat.

"Menerusi konsert ini saya rasa ia medan paling sesuai untuk menyampaikan mesej berkenaan dengan semua peminat yang bakal hadir," katanya.

Ella 2016 bakal diadakan di Stadium Malawati Shah Alam dekat sini pada hari Sabtu bermula pukul 8.30 malam.

Ia dianjurkan oleh Atlas One Events Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam).

Dalam pada itu, Ella berkata, dalam konsert berkenaan dia berharap peminat dapat hadir mengenakan pakaian berwarna putih sebagai simbolik kepada kesucian hati bekas penagih dadah yang ingin kembali ke pangkal jalan.

Malah katanya, pemilihan warna itu juga sebagai kelahiran semula mereka selain peminat dapat menunjukkan sokongan terhadap golongan tersebut.

Ella angkat tema anti dadah.
"Bersesuaian dengan tema Anti Dadah ia lebih sesuai sekiranya penonton hadir mengenakan pakaian putih sebagai tanda sokongan kepada bekas penagih dadah yang nekad berubah dan ia simbolik kepada kelahiran semula yang bersih dan suci," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Ella berkata, dia bersyukur tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan sudah pun terjual sebanyak 2,000 keping dalam tempoh singkat.

Jelasnya ia amat bererti kepadanya kerana setiap penjualan tiket, RM2 daripadanya akan disumbangkan kepada tabung dana Pemadam bagi membolehkan lebih banyak program kesedaran anti dadah diadakan.

"Ini adalah sumbangan ikhlas saya untuk membantu menangani gejala dadah dan wang berkenaan boleh digunakan oleh pihak Pemadam untuk mengadakan lebih banyak program kesedaran di kalangan masyarakat pada masa hadapan.

Bercakap mengenai konsert berkenaan, Ella berkata, dia teruja kerana sudah lama tidak mengadakan konsert berskala besar untuk para peminatnya.

Katanya lagi, pada konsert berkenaan dia akan menyampaikan seleksi lagu terbaik dari awal kemunculannya sehingga kini.

"Istimewanya konsert ini nanti, saya turut menjemput rakan seperjuangan sebagai artis jemputan pada persembahan pembukaan selain berduet dengan mereka.

"Konsert ini adalah hadiah untuk semua peminat yang tidak henti-henti menyokong karier saya yang mencecah 30 tahun," katanya.

Tambah Ella, Man Kidal bakal bertindak sebagai pengarah muzik selain beberapa kejutan menanti peminat pada konsert itu nanti.

Sementara itu, Ella berkata, pada konsert itu dia akan mengulangi sejarah ketika konsert Ella 30110 apabila tampil ke stadium dengan menaiki helikopter.

Tiket bagi menyaksikan konsert Ella 2016 dijual pada harga RM288 (VIP), RM228 (Rock Zone), RM78 (OKU), RM158 (kategori 3), RM108 (kategori 2) dan RM78 (kategori 1).

Ia boleh didapati di rangkaian kedai Victoria Music, Rock Corner dan Guitar Store atau layari www.ticketpro.com.my
Tags / Kata Kunci: Ella

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan