Pereka Fesyen Jelas Baju 'Ayam Belanda' Fara Fauzana

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2016 12:58 PM

Busana Fara Fauzana yang dikritik penonton.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pereka fesyen Rizalman Ibrahim menjelaskan bahawa busana dipakai oleh Fara Fauzana pada malam Anugerah Juara Lagu ke30 (AJL30), malam Ahad merupakan koleksi sedia ada yang dihasilkan pada tahun 2015.

Rizalman, 44, berkata, pengacara tersebut meminjam baju itu pada saat akhir berikutan busana daripada pereka fesyen lain sepatutnya dipakai tidak bersesuaian dengan tema majlis anugerah berkenaan.

"Untuk pencerahan Fara Fauzana memakai baju 'ayam belanda' itu daripada koleksi pakaian saya pada tahun 2015.

"Dia meminta untuk memakai pakaian tersebut dua hari sebelum AJL30, ketika itu saya sudah berlepas ke Paris. Baju sepatutnya dipakai (Fara) yang direka oleh pereka lain tidak bertepatan dengan tema.

"Beliau tiada pilihan selain berlari ke butik saya dan meminjam apa sahaja yang sudah tergantung di rak," ujarnya seperti dipetik dari laman Instagram miliknya, Isnin.

Rizalman kini berada Paris.

Rizalman berkata demikian bagi menjelaskan kritikan penonton terhadap baju rekaannya yang digaya oleh Fara Fauzana ketika mengacarakan AJL30 malam Ahad menyerupai 'ayam belanda'.

Rizalman turut memberitahu dia tidak berniat menganiaya pengacara itu dan meminta masyarakat tidak terus mengkritik mereka disebabkan perkara yang berlaku.

Selain Fara, Rizalman turut mereka baju dipakai penyanyi Dayang Nurfaizah yang bertanding dalam pertandingan berprestij itu.

Sementara itu, Fara menerusi Instagram pada Isnin menganggap segala kritikan samaada baik atau buruk sebagai tanda bahawa masyarakat prihatin terhadap penampilannya.

Bagaimanapun, Fara meminta agar orang ramai dan pengikut laman sosial tidak terus berbalah serta menyalahkan pereka fesyen tersebut.

"Positif atau negatif kita tetap suka sebab itu petanda orang prihatin pada kita. Satu yang kita pinta, pereka fesyen tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi cantikkan kita.

"Bukan salah baju mereka tapi, ya badan kita yang 'sado', tolong kutuk saya saja, jangan kutuk mereka," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Fara Fauzana

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan