Kontroversi Tak Lenyap Kesetiaan Peminat Terhadap Tasha Shilla

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 5:30 AM

Tasha Shilla mahu bersikap lebih positif. Foto RICKY LAI

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelakon Tasha Shilla berkata kontroversi yang kerap terpalit pada diri tidak pernah melenyapkan kesetiaan peminat-peminat untuk terus menyokongnya.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 29, menyifatkan perkara itu membuatkan dia tersentuh dan bersyukur mempunyai sekelompok peminat seperti itu.

"Saya bersyukur mempunyai peminat yang sentiasa menyokong saya tidak kira sama ada ketika saya berada dalam keadaan susah atau senang.

"Mereka kenal saya bukan kerana sebagai seorang artis tetapi lebih daripada itu.

"Perkara itu membuatkan kami seperti sebuah keluarga. Mereka sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya," katanya.

Sambutan hari lahir Tasha turut dihadiri anak-anak yatim di sebuah rumah kebajikan.
Tasha ditemui pada majlis sambutan hari lahirnya yang dianjurkan oleh kelab peminat, Tasha Shilla Team di Restoran Munif Hijjaz Papero di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Tasha mengakui mengambil pendekatan untuk tidak terlalu terdedah menerusi publisiti media buat sementara waktu.

Kejadian perselisihan faham dengan bekas kekasihnya, Han pada tahun lalu juga membuatkan dia tidak mahu lagi berkongsi kisah peribadinya kepada umum.

"Saya rasa cara ini lebih baik. Apabila sudah tiba masanya untuk saya mendirikan rumah tangga, barulah saya uar-uarkan berita baik itu.

"Malah saya lebih senang untuk low profile dan tidak terlalu terdedah di khalayak. Apa yang berlaku sebelum ini biarlah ia menjadi pengajaran. Apa-apapun saya harap 2016 akan menjadi tahun yang baik buat saya," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, baru sahaja selesai menjalani penggambaran  telefilem Parut (siaran RTM) dan Mek Kelate (TV9).
Tags / Kata Kunci: Tasha Shilla

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan