15 Selebriti Sertai Mega Bazaar 2016

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 5:00 AM

Datuk Ariss Samsudin (tengah, berbaju batik, bersama barisan artis yang terlibat dalam Mega Bazaar 2016

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 15 selebriti bakal terlibat menjual produk masing-masing menerusi Mega Bazaar 2016 pada 13 dan 14 Februari depan di Pusat Konvensyen Mid Valley (MVEC).

Antara selebriti yang terlibat ialah Encik Mimpi, Khai, Rosma, Aiman Rahman, Siti Nordiana, Eira Syazira, Azad Jazmin, Saida, Saerah, Nubhan dan ramai lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Eh Eh Bazaar Sdn. Bhd, Iffah Zaimi berkata, kehadiran selebriti-selebriti terbabit akan memeriahkan lagi acara tersebut lebih-lebih lagi mereka akan turut membut persembahan nyanyian.

"Selain membantu para selebriti berniaga, kehadiran mereka juga adalah salah satu cara untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung ke Mega Bazaar.

"Barisan selebriti yang terlibat akan membuat persembahan masing-masing," katanya.

Mega Bazaar 2016 yang merupakan usahasama Eh Eh Bazaar, DPMM Putrajaya dan Kolej UNITI telah dirasmikan  oleh Ahli Majlis, Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Ariss Samsudin di Restoran Hadramawt Ampang baru-baru ini.

Ia merupakan kesinambungan daripada kejayaan Mega Bazaar yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang yang berjaya memikat 100,000 pengunjung dengan jualan sebanyak lebih RM6 juta.

Mengangkat tema Hijra, ia merupakan simbolik Mega Bazaar 2016 kepada peningkatan imej bazaar ke tahap yang lebih tinggi.

Sementara itu, Mega Bazaar 2016  juga mengumpulkan seramai 150 usahawan atas talian dengan mempertaruhkan pelbagai jenis produk terbaik yang menjadi kegilaan netizen.

"Bazaar ini merupakan platform terbesar yang dapat mengumpul peniaga atas talian dari seluruh negara.

"Sebagai pelopor dalam industri bazaar online, matlamat kami adalah untuk membantu usahawan Bumiputera bersaing dalam dunia perniagaan online yang semakin popular ini," tambah Iffah.

Dalam pada itu, Mega Bazaar 2016 juga bakal melancarkan portal bazar iaitu www.eebians,com, program mentor, khidmat nasihat dan demonstrasi produk.

Tags / Kata Kunci: Mega Bazaar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan