Siti Nurhaliza Bikin Konsert Terakhir Sebelum Cuti Panjang

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 12:06 PM

Siti Nurhaliza bakal mengadakan konsert terakhirnya pada Mac depan sebelum berehat selama lima bulan daripada dunia seni. Foto RAJA FAISAL RAJA HISHAN.

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengadakan sebuah konsert istimewa selama dua hari di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 5 dan 6 Mac depan.

Siti, 37, berkata, ia merupakan konsert berskala besar terakhirnya sebelum bercadang untuk berehat selama lima bulan daripada industri seni.

"Konsert dua malam itu adalah hadiah buat peminat sempena hari jadi saya ke 37 dan ia percuma kepada pelanggan aplikasi Yonder melalui perkhidmatan Celcom.

"Selain itu konsert tersebut adalah persembahan besar saya sebelum merancang berehat panjang selama lima bulan," ujarnya kepada mStar Online.

Konsert selama dua hari itu diadakan secara percuma untuk peminat. 

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya yang ke 37 di kediamannya di sini, malam Rabu.

Tambahnya, kapasiti dewan tersebut juga mampu memuatkan sehingga 6,000 penonton dalam satu masa.

Konsert anjuran Yonder Music itu, katanya, bakal menyaksikan dia mendendangkan sebanyak 20 buah lagu popularnya bersempena 20 tahun berada dalam industri seni tanah air.

"Konsert ini belum ada nama yang khusus lagi, namun Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan adakan sidang media khas kepada media.

Suami Siti, Datuk Seri Khalid menyuapkan kek pada sambutan hari jadi penyanyi itu.

"Bagi peminat saya mereka juga perlu cepat mendapatkan tiket berikutan tempat terhad kepada 6,000 orang sahaja," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai tempoh rehat selama lima bulan, Siti berkata, rancangan tersebut dibuat sejak dia mengalami keguguran akhir tahun lalu.

Katanya, dia akan berehat daripada sebarang aktiviti sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri Julai depan.

"Tahun lepas saya terlalu banyak konsert dan projek besar yang memerlukan saya bekerja keras untuk melaksanakannya. Jadi tahun ini masa paling baik untuk berehat panjang.

Siti bermesra dengan rakan media yang turut hadir pada majlis sambutan hari jadinya yang diadakan di kediamannya.

"Insya-Allah sehingga selepas Hari Raya nanti. Sepanjang tempoh tersebut juga saya akan menggunakan masa itu bagi menyiapkan proses rakaman album baru saya," ujarnya.

Majlis hari jadi itu diadakan secara sederhana dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat bersama kakitangan Simply Siti.

Katanya, kelewatan mengadakan majlis tersebut berikutan memilih untuk menyambut hari istimewa itu bersama peminat di Indonesia.

"Saya berada di Indonesia ketika 11 Januari lalu dan kali pertama menyambutnya di negara tersebut.

"Saya meluangkan masa untuk peminat di sana kerana setiap tahun mereka akan tetap menyambut hari jadi saya biarpun ketiadaan saya," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza , Yonder

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan