Angah (Raja Lawak) Belajar Jadi Imam Sebelum Kahwin

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 5:50 AM

Angah dan Ameera bakal disatukan sebagai suami isteri pada 19 Februari depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Angah sedang mempersiapkan diri dengan mendalami ilmu agama sebelum bergelar suami kepada Ameera Syura Abd Razak pada 19 Februari depan.

Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, 37, berkata, selain menjaga solat dia juga mempelajari untuk menjadi seorang imam agar dapat memimpin bakal isterinya itu dalam ibadat.

"Sebagai persiapan peribadi saya menjaga solat dan belajar bagaimana menjadi imam selain persediaan lain bergelar suami.

"Alhamdulillah persiapan lain juga sudah 80 peratus siap dan kini hanya menunggu untuk disatukan sebagai suami-isteri," katanya kepada mStar Online.

Angah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) pada Rabu lalu.

Bekas peserta program Raja Lawak itu bergabung dengan dua pelawak lain iaitu Tauke (Jambu) dan Ajak (Shiro) menerusi kumpulan LOL.

MLM 2016 bakal menampilkan 15 peserta dan bakal bersiaran selama 14 minggu pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari ini.

Angah bergandingan dengan Ajak (Shiro) dan Tauke (Jambu) dalam MLM 2016.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Dalam pada itu, Angah berkata, dia berkenalan dengan Ameera, 20, lebih dua tahun lalu ketika dia menjadi pengacara majlis dalam sebuah majlis yang dianjurkan oleh bapa wanita itu sendiri.

Kata Angah, biarpun jarak usia mereka jauh berbeza namun ia tidak menjadi masalah kerana paling penting keserasian di antara cukup baik.

"Hanya dalam tempoh setahun mengenali bakal isteri saya selesa dengannya dan keserasian di antara kami melengkapkan hubungan kami.

"Alhamdulillah kami bakal disatukan sebagai suami-isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagian kami berdua," ujarnya yang sudah menduda sejak sembilan tahun lalu.

Terdahulu, Angah mengikat tali pertunangan dengan Ameera pada Januari tahun lalu dan pernikahan pasangan itu bakal diadakan di rumah pengantin perempuan di Melaka.

Bercakap mengenai MLM 2016, Angah berkata, ini adalah kali pertama dia menyertai program berkenaan dan mengakui gementar untuk bertanding bersama 14 peserta lain yang mantap.

Bagaimanapun kata Angah, sekarang adalah masa paling sesuai untuk dia berbuat demikian dan berharap gabungan bersama Ajak dan Tauke akan disukai peminat.

Tags / Kata Kunci: Angah , Maharaja Lawak Mega 2016

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan