Maharaja Lawak Mega 2016 Gabungan Peserta Grup Berbeza

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 5:30 AM

Antara peserta baru dan lama serta mereka yang terlibat dalam Maharaja Lawak Mega 2016. FOTO: FAIHAN GHANI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan pelawak daripada grup berbeza dalam sebuah kumpulan baharu akan membawa kelainan kepada musim terbaharu program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016).

Pengurus Saluran Astro Warna, Emarina Kamal berkata, ia akan menghidupkan lagi gelanggang MLM 2016 dalam memastikan rancangan itu sentiasa segar dan dapat menarik perhatian penonton.

"Sama seperti tahun sebelum ini, barisan peserta dipilih merupakan antara yang terbaik pernah dihimpunkan dalam sebuah pertandingan komedi di saluran ini.

"Bagi menambahkan kehangatan tersebut kami menggabungkan peserta daripada grup lain dalam sebuah kumpulan baharu.

"Kami yakin ia akan menarik perhatian penonton selain ia memberi kelainan memandangkan MLM sudah memasuki edisi kelima," katanya kepada mStar Online.


Along dan Azrul (duduk).

MLM 2016 bakal menampilkan 15 peserta dan bakal bersiaran selama 14 minggu pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari ini.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Antara pelawak yang bergabung adalah kumpulan LOL gabungan Angah bersama Tauke (Jambu) dan Ajak (Shiro) selain Joras yang dianggotai oleh Shuk (SYJ), Rahim (R2) dan Joey (Jalor).

Peserta lain yang turut terlibat adalah Cham (Along dan Azrul Cham), Bocey (Acey, Abam dan Fad), Awok (Filzah, Ain dan Ayie), Enjen (Raja Azri, Acong dan Yus), Shake (Amir, Bell Ngasri dan Haszmi), Chilok (Chiwan, Achok dan Kamal), XOLA (One, Chot dan Wan Jala), Puteh (Mamak dan Ali).

Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim turut mencuri perhatian apabila muncul sebagai peserta kumpulan Bos bersama Ajo dan Abu.

Manakala kumpulan Bora (Isa, Yan dan Mamat) mewakili Singapura dan Saywho (Vicha, Bocil Bancin dan Agus) Indonesia.

Dua peserta solo yang turut bertanding adalah Reza Mukmin dan Kavin Jay.

Dalam pada itu, bercakap mengenai juri program berkenaan, Emarina berkata, pihaknya akan merahsiakan perkara itu terlebih dahulu dan ia hanya akan didedahkan pada minggu pertama pertandingan.


Ajak (kiri) dan Angah.

Bagaimanapun katanya, barisan juri akan tetap terdiri daripada  empat orang seperti mana musim terdahulu.

"Ia satu kejutan dan ia hanya akan didedahkan pada minggu pertama pertandingan nanti," katanya.

Tambahnya, MLM 2016 masih mengekalkan Datuk AC Mizal sebagai hos manakala CK Faizal tampil menerusi segmen Pengulas Iringan.

"Tema pada tahun ini mengangkat tema 'spy' atau perisik yang mana kami rasakan ia amat bersesuaian dengan diri setiap pelawak apabila semuanya satu misi sama dalam merebut gelaran juara.

"Manakala sistem pemarkahan masih dikekalkan iaitu 70 markah oleh juri tetap dan 30 daripada undian penonton," katanya.

Juara MLM 2016 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara, RM250,000 dan tempat ketiga RM150,000.

Tempat keempat dan kelima pula masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000.
Tags / Kata Kunci: Maharaja Lawak Mega

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan