Instagram Digodam, Arja Lee Gagal Padam Video Berseluar Dalam

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 12:24 PM

Arja Lee buat laporan polis pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Video berseluar dalam yang dimuat naik menerusi laman Instagram pelakon Arja Lee dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab setelah akaun Instagram di telefon bimbitnya digodam. 

Pengurusnya, Lin Ramli berkata, pelakon tersebut cuba memadam video itu, namun tidak berjaya berikutan kata laluan akaun tersebut digodam oleh pihak tertentu.

"Telefon bimbit Arja hilang malam tadi selepas kami pulang daripada makan malam dan dia menyedari hal tersebut ketika sudah pun berada di rumah.

"Arja cuba membuang video tersebut, namun malangnya akaun itu sudah ditukar kata laluan dan dikawal oleh pihak tertentu," ujarnya kepada mStar Online, di sini Rabu.

Lin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang video berseluar dalam milik pelakon tersebut tersebar dan dikecam oleh pengguna laman sosial.

Video arja Lee berseluar dalam yang dimuat naik pada malam Selasa.


Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan aktor itu sedang menimbang bola dengan memakai baju berwarna merah jambu dan hanya berseluar dalam di dalam sebuah rumah.

Video itu mendapat hampir 2000 likes dengan 1,240 komen daripada pengikut akaun instagram itu.

Sementara itu, Lin berkata, Arja sudah membuat satu laporan polis kira-kira pukul 2.30 pagi Rabu di Balai Polis Mutiara Damansara.

"Kami sudah buat laporan polis selepas mengetahui kehilangan telefon itu malam tadi dan sekarang ingin ke Celcom untuk urusan kehilangan," ujarnya.

Dalam pada itu, Lin berkata, buat masa ini pelakon tersebut juga belum bersedia memberi sebarang kenyataan kepada media bagi mengulas perkara berkenaan.

Katanya, pelakon Anu Dalam Botol itu kini masih berada dalam keadaan terkejut dan tertekan.

"Saya minta maaf kerana Arja belum sedia untuk bercakap dengan media. Dia dalam keadaan tertekan dan terkejut dengan perkara ini.

"Insya-Allah dia akan buka mulut bila semuanya sudah selesai," ujarnya. video 

Tags / Kata Kunci: Arja Lee

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan