Redza Rosli Tidak Ralat BMW Rosak Akibat Kemalangan

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 5:30 AM

Redza Rosli.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Redza Rosli tidak berasa ralat apabila kereta BMW miliknya mengalami kerosakan teruk akibat terbabas di lebuh raya Utara Selatan berdekatan dengan terowong Menora, Ipoh Disember tahun lalu.

Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 24, sebaliknya berasa bersyukur kerana masih selamat walaupun kejadian tersebut mampu menghilangkan nyawanya.

"Memang kereta rosak teruk akibat kemalangan itu. Cuma pihak insuran masih lagi belum memutuskan sama ada kereta itu rosak secara 'total lost' atau tidak.

"Tidak apa. Benda nak jadi, saya tidak ralat kereta itu rosak, yang penting nyawa saya selamat," katanya kepada mStar Online.

Redza dihubungi bagi mengulas perkembangan dirinya selepas kejadian kemalangan tersebut pada 22 Disember tahun lalu.

Kereta milik Redza yang terbabas di lebuh raya Utara Selatan pada 22 Disember 2015.

Kemalangan itu berlaku ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Perlis sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran drama Kak Marr.

Sementara itu, Redza berkata, kejadian tersebut membuatkan dia berasa trauma hampir dua minggu.

Dalam pada itu ia juga memberi pengajaran besar buatnya untuk menjadi lebih berhati-hati ketika memandu.

"Siapa yang tidak fobia dengan kejadian kemalangan bukan. Saya turut berasa trauma kira-kira dua minggu.

"Mujur keluarga dan teman-teman rapat sentiasa bersama saya. Mereka yang banyak memberi semangat.

"Selain itu kemalangan itu banyak memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati selepas ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Redza kini menjalani penggambaran drama Seindah Tak Cinta untuk slot Akasia, siaran TV3. Antara pelakon lain yang terlibat ualah Shahrul Ridzwan dan Amyra Rosli.

Tags / Kata Kunci: Redza Rosli

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan