Foto Will Smith Di Kuala Lumpur Tersebar

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 3:46 PM

Gambar Will Smith yang sedang bersalaman dengan peminat dipercayai di pusat beli belah Mid Valley Kuala Lumpur tersebar luas sejak pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

DIKEMAS KINI

PETALING JAYA: Bintang terkenal Hollywood iaitu Will Smith dilaporkan berada di Malaysia sejak Ahad bagi menghadiri mesyuarat bersama pihak iflix iaitu perkhidmatan hiburan strim yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Beberapa gambar pelakon berkenaan yang tersebar melayan peminat dipercayai di pusat beli belah Mid Valley tersebar luas dan menjadi perbualan hangat di media sosial sejak pagi Isnin.

Dalam salah satu gambar berkenaan, Smith dilihat berjalan bersama rakan kongsinya, James Lassiter, Ketua Pegawai Ekskutif iflix, Mark Britt dan Pengerusi iflix, Patrick Grove.

Bagaimanapun pihak iflix ketika dihubungi tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara itu.



Will Smith melambai ke arah peminat.

Sementara itu, pemuzik yang juga rakan baik Smith, DJ Jazzy Jedd kebetulan turut berada di Kuala Lumpur menghadiri perasmiaan kelab Prime Touch Luxury pada Ahad lalu.

Smith dan DJ Jazzy pernah bekerjasama sebagai duo iaitu DJ Jazzy Jeff & The Fresh Prince pada akhir 80-an selain memenangi anugerah Grammy.

Pelakon itu dilaporkan bakal meninggalkan Malaysia pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, pelakon Daniel Henney memuat naik gambar di Instagram memberitahu dia akan berlepas ke Kuala Lumpur.

Henney yang juga aktor berasal dari Korea Selatan itu mencipta nama di Hollywood pada 2009 menerusi filem X-Men Origins: Wolverine.

Tags / Kata Kunci: Will Smith , Daniel Henney

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan