Persembahan Bekas Vokalis Exists Gamatkan Konsert Mega Gegar Vaganza

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 12:00 PM

Kemunculan Mamat dan Ezad menggamatkan Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Ahad. Foto SHAARI CHE MAT.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsert Mega Gegar Vaganza malam terakhir melabuhkan tirai pada Ahad dengan meninggalkan memori indah buat penonton yang memenuhi ruang Panggung Sari, Istana Budaya.

Kemunculan dua bekas vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat dan Ezad Lazim menggamatkan suasana dewan pada malam itu.

Memilih lagu Langkah Seiringan, kemantapan vokal kedua-dua penyanyi itu tidak dapat dinafikan dan persembahan tersebut menjadi antara momen terbaik konsert berkenaan.

Malah Mamat ketika ditemui media selepas konsert selesai memberitahu idea dan pemilihan lagu dicadangkan oleh Ezad sendiri dan dia teruja dapat bergabung dengan penyanyi itu di pentas berprestij Istana Budaya.

Haiza dengan gaya tersendiri.

"Sebenarnya tiada perancangan pun untuk berduet tetapi Ezad tiba-tiba mencadangkan idea itu dan saya pun bersetuju.

"Sebelum ini saya pernah sekali berkongsi pentas dengan Ezad namun malam ini aura itu lain dan tidak menyangka ia mendapat sambutan hebat daripada penonton yang hadir," katanya.

Konsert Mega Gegar Vaganza diadakan selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Januari lalu bagi memberi peluang kepada penonton menyelusuri semula kenangan bersama program ini menerusi persembahan mantap hasil gabungan bintang Gegar Vaganza dari dua musim sebelum ini.

Pada malam itu juga, konsert berkenaan turut diiringi oleh 63 pemuzik profesional dan penyanyi latar di bawah iringan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) pimpinan Mohd Yazid Zakaria.

Persembahan malam itu dibuka dengan dendangan lagu daripada pengacara Mega Gegar Vaganza iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse menerusi lagu Cintaku Sampai Ke Ethopia.

Azian dan Siti Nordiana berduet menerusi lagu Hati Kama.

Tidak menunggu lama, konsert diteruskan dengan kemunculan Rahmad (Mega) menerusi lagu Bunga Angkasa sebelum menjemput Ezad berduet lagu Suatu Masa.

Ezad meneruskan persembahan solonya dengan lagu Penantian sebelum Acong (Sweet Child) tampil dengan lagu Hakikat Sebuah Cinta.

Selingan lawak daripada Nabil dan Jihan turut menghangatkan suasana konsert pada malam itu.

Pengasas produk Pamoga Qu Puteh iaitu Datuk Dr Seri Vida turut menghadiri konsert malam terakhir itu dan sempat naik ke pentas menceriakan suasana konsert itu.

Antara persembahan lain yang turut mencuri perhatian pada malam itu adalah Ayai (Ilusi) dengan lagu Cinta dan Air Mata, Sam Innuendo, Belaian Jiwa dan Haleeda dan Haiza yang menggamatkan Panggung Sari dengan lagu Sedang Ingin Bercinta.

Sam Innuendo dan Farahdhiya turut menghiburkan peminat. 

Naib Juara Gegar Vaganza 2, Farahdhiya tampil dengan lagu Penasaran sebelum menjemput Sam Innuendo berduet dengannya menerusi sebuah lagu Inggeris, I Want To Spend My Life Time Loving You.

Kemunculan Siti Nordiana menerusi set terakhir konsert pada malam itu gamat dengan sorakan peminat apabila dia mendendangkan lagu Janam yang juga lagu tema filem Dilwale.

Nana juga turut menyampaikan lagu duet bersama Azian Mazwan Sapwan iaitu Hati Kama sebelum meneruskan nyanyian lagu Kesilapanku Keegoanmu.

Lagu Memori Berkasih nyanyian Nana bersama Eza menjadi penutup konsert yang berlangsung hampir dua setengah jam itu.

Tags / Kata Kunci: Mega Gegar Vaganza , Mamat Exits

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan