Finas Cadang Tubuh Sekolah Filem

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2016 5:30 AM

Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bercadang membangunkan sebuah sekolah filem sebagai salah satu cara meningkatkan kualiti filem tempatan.

Pengerusinya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, berkata, sekolah filem tersebut akan memberi tumpuan kepada peringkat pensijilan dan kemahiran sahaja.

"Kami dalam rancangan untuk membina senuah sekolah filem bagi orang ramai yang berminat dalam industri ini terutamanya yang gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang cenderung kepada konsep vokasional.

"Sekolah ini hanya memberi tumpuan di peringkat pensijilan sahaja. Pendekatan berbeza dengan Aswara dan kita akan menggunakan tenaga pengajar daripada ahli-ahli persatuan yang ada," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan sijil pengakuan sah industri kreatif 2016 kepada 236 ahlinya yang terdiri daripada pekerja-pekerja belakang tabir yang merupakan ahli Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG), baru-baru ini.

Barisan ahli Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG) yang menerima sijil akuan sah.

Beliau berkata, setakat ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun bersetuju cadangan tersebut dengan dana sebanyak RM3.5 juta.

Tambahnya, sekolah tersebut juga dijangka akan didirikan di sebuah kawasan seluas lebih 2 hektar di Slim River, Perak.

"Kami sudah mengenal pasti tapak iaitu di Slim River, Perak kerana di sana ada tanah kosong yang sesuai dibangunkan menjadi sekolah.

"Saya akan berbincang dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk dapatkan tanah tersebut bagi tujuan itu," ujarnya.

Dalam pada itu, tambahnya, selain kempen Wayang Pacak yang sedang berjalan, Finas juga bakal memupuk kesedaran tentang filem dengan menayangkan trailer filem-filem yang bakal keluar di pejabat kerajaan yang menjadi tumpuan orang awam.

"Kita juga akan tayang trailer filem-filem baharu di pejabat-pejabat kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Hospital Awam," ujarnya.

Sementara itu, Finas juga akan menganjurkan malam penghargaan dan anugerah kepada wartawan-wartawan yang menulis tentang karya-karya filem tempatan.

Penganugerahan itu bagi meningkatkan semangat penulis dan wartawan untuk memberi promosi yang baik kepada penonton terhadap filem-filem tempatan.

"Anugerah ini dahulu pernah dianjurkan dahulu, kemudian dimansuhkan, jadi kami bercadang ingin wujudkan kembali pada tahun ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Finas

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan