May, XPDC Kongsi Pentas Dalam Konsert Rock Di JB

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 6:00 AM

Mus (dua dari kiri) dan Mael (dua dari kanan) akan bergabung bersama kumpulan masing-masing iaitu May dan XPDC dalam sebuah konsert di Johor Baru. Foto: ART CHEN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peminat muzik rock dapat melepaskan ‘gian’ masing-masing selepas kumpulan May dan XPDC bakal bergabung bagi menjayakan sebuah konsert yang bakal berlangsung di Johor Baru pada April depan.

Vokalis May iaitu Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din berkata, konsert bersama XPDC itu cukup teruja kerana mereka dapat bersama selepas hampir sedekad tidak berkongsi pentas.

“Alhamdulillah peluang ini saya anggap sebagai rezeki selain dapat menghiburkan peminat. Tambahan pula tahun ini merupakan ulang tahun ke 30 kami.

"Dapat pula bergandingan dengan XPDC memang kami nanti-nantikan memandangkan sudah lama tidak berkongsi pentas dengan mereka," katanya kepada mStar Online.

Mus ditemui pada sidang media Konsert May Vs XPDC yang diadakan di sini, Khamis.

Konsert  anjuran ARD Management Sdn Bhd itu bakal berlangsung di tempat letak kereta Plaza Angsana, Johor Bahru, pukul 8.30 malam pada 30 April depan.

Pada sidang media sama, Mus dan Mael selaku vokalis XPDC menandatangani persetujuan menyertai konsert berkenaan disaksikan oleh Pengarah Urusan ARD Management Sdn Bhd, Helmi Hussin.

Helmi Hussin (dua dari kiri) akan terlibat menganjurkan konsert May dan XPDC. Foto: Art Chen

Tambah Mus, setakat ini mereka masih belum mempunyai konsep namun menjanjikan persembahan hebat untuk peminat.

Sementara itu, Helmi berkata, pemilihan Johor Bahru dibuat berdasarkan sejarah muzik rock Malaysia yang banyak bermula di negeri itu.

Gabungan kedua-dua kumpulan itu juga dibuat atas kekuatan peminat yang mahu melihat mereka bergandingan di pentas sama.

"Ada jolokan menyebut 'Johor Bahru City of Rock' dan itu adalah sebab utama kami membawa May dan XPDC ke negeri berkenaan untuk sebuah konsert berskala besar.

"Kami yakin ia akan mendapat perhatian memandangkan mereka ada kelompok peminat tersendiri termasuk golongan muda," ujarnya.

Tambah Helmi, pihaknya telah merancang konsert berkenaan sejak tahun lalu namun atas beberapa faktor ia hanya dapat direalisasikan pada April depan.

Jelasnya, konsert yang bakal berlangsung selama empat jam itu bakal menampilkan himpunan lagu-lagu terbaik kumpulan tersebut.

Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan dijual pada harga RM50 (Normal), RM100 (Rock Zone) dan RM700 (VIP).

Bagaimanapun pihak penganjur masih belum menetapkan tarikh jualan tiket kepada peminat.

Dalam perkembangan lain Mus masih berharap kumpulan itu dapat beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya selepas persembahan The Blues Jean Concert sebelum ini ditangguhkan.

Dia tidak pasti tarikh baharu konsert itu akan diadakan namun berharap impian tersebut tidak berkubur begitu sahaja.

"Istana Budaya adalah pentas berprestij dan sudah tentu berita penangguhan itu mengecewakan dan berharap kami masih berpeluang mengadakan persembahan di sana.

"Pihak penganjur ada memberitahu ia akan diadakan pada tahun ini namun sedang berusaha mendapatkan slot di Istana Budaya," katanya.
Tags / Kata Kunci: May , XPDC

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan