Nubhan Terkilan Tiada Di Sisi Ketika Isteri Keguguran

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 5:30 AM

Nubhan reda isterinya keguguran ketika kandungan berusia tujuh minggu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Nubhan meluahkan rasa terkilan kerana tiada di sisi isterinya, Afifah Hidayah Taufek yang mengalami keguguran ketika kandungannya berusia tujuh minggu.

Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 30, berkata, dia sedih apabila Hidayah, 27, yang masih belajar dalam bidang perubatan pergigian di Mesir terpaksa melalui kesedihan sendirian dan berharap isterinya dapat berdepan dengan dugaan itu dengan tabah.

"Pada mulanya saya ada merancang untuk ke Mesir, selepas isteri memberitahu dia hamil. Tetapi memandangkan dia sedang sibuk dengan peperiksaan, saya tidak mahu kacau.

"Tak sangka pula kandungannya gugur. Saya terkilan kerana tidak dapat bersamanya ketika dia melalui proses trimester pertama ini.

"Biasalah, untuk tiga bulan pertama, kandungan perlu dijaga dengan baik. Tetapi saya tiada di sisi isteri," katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu.

Nubhan diminta mengulas mengenai status yang dimuat naik di Instagram miliknya yang berkongsi berita sedih kandungan isterinya keguguran.


Dia bagaimanapun menganggap ujian itu mungkin terdapat hikmah disebaliknya.

Kata Nubhan, isterinya turut risau jika berita sedih itu membuatkan dia lebih kecewa memandangkan dia begitu teringinkan cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos lalu.

"Saya terima ujian ini dengan hati yang terbuka. Cuma dia (isteri) risau jika saya tidak boleh terima berita sedih ini.

"Apatah lagi kami masing-masing memang inginkan anak secepat mungkin," ujarnya.

Dalam pada itu, Nubhan berharap agar dia dan dan isteri diberi rezeki anak sekali lagi secepat mungkin.

Dalam perkembangan lain Nubhan kini sibuk menguruskan perniagaan kosmetik iaitu Juwita Devine.

Selain itu, Nubhan juga bakal melancarkan album baharu berjudul Romantika di bawah syarikat rakaman Nova Music dalam masa terdekat ini.
Tags / Kata Kunci: Nubhan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan