Roslan Shah Tidak Menyangka Lagu Hip Hopnya Diterima Peminat

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 5:30 AM

Roslan Shah muncul dengan single terbaharu berjudul Ek Eleh, You Siapa?. Foto ROHAIZAD DARUS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengacara Roslan Shah berasa lega apabila percubaannya menyanyikan lagu berunsurkan hip hop menerusi single terbaharunya, Ek Eleh, You Siapa? diterima baik oleh peminat.

Roslan, 46, berkata, dia sendiri tidak menyangka mempunyai bakat menyanyi dalam bentuk rap sehinggalah bertemu dengan bekas anggota kumpulan A To Z iaitu Jeff yang bertanggungjawab mendorongnya mencuba genre berkenaan.

"Sebelum ini saya lebih dikenali sebagai klon Allahyarham Datuk Sudirman kerana gemar memyampaikan lagu-lagu dendangannya ketika mengadakan persembahan.

"Bagaimanapun saya mula tercari-cari identiti sendiri sebagai penyanyi dan kunjungan ke studio Jeff beberapa bulan lalu telah mengubah segala-galanya.

Roslan mengakui tidak menyangka dapat menyanyikan lagu rap dengan baik.

"Saya langsung tidak terfikir akan menyanyi dalam rap tetapi dorongan dan kepercayaan Jeff terhadap saya membuatkan saya nekad mencuba dan Alhamdulillah percubaan tersebut mula diterima baik oleh peminat," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Apple Studio Ampang di sini, Isnin.

Ek Eleh, You Siapa? adalah ciptaan Jeff dan lirik ditulis oleh Raja Izzuwin.

Dalam pada itu, Roslan berkata, lagu berkenaan bukan sekadar lagu rap biasa sebaliknya ia membawa mesej positif kepada pendengar.

Malah kata Roslan, lirik ditulis oleh Raja Izzuwin berkisarkan tentang pengalaman dan perjalanan karier seninya yang sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa kontroversi.

"Ek Eleh, You Siapa? adalah kisah peribadi saya kerana saya mahu lagu berkenaan mempunyai makna tersendiri kepada pendengar.

Roslan bakal muncul dengan single kedua pada Mac depan.

"Saya tidak mahu ia menjdi sebuah lagu 'kosong' sebaliknya ada mesej dan nasihat yang mampu membawa perubahan," katanya yang hanya merakamkan lagu berkenaan dalam masa dua jam.

Sementara itu, Roslan berkata, sebelum melancarkan Ek Eleh, You Siapa? dia terlebih dahulu memperdengarkan lagu berkenaan kepada rakan media dan sahabat terdekatnya dan maklum balas positif daripada mereka membuatkan dia lebih yakin dengan hala tuju baharu karier nyanyiannya.

Malah kata Roslan, pada Mac depan, dia akan tampil dengan single keduanya dengan konsep sama dan bakal memasuki studio rakaman pada Febuari ini.

Bercakap mengenai kritikan diterima terhadap lagu berkenaan, Roslan berkata, dia terbuka dengan perkara itu dan menganggap ia perkara biasa.

"Orang tidak suka itu mesti ada tetapi saya tidak terasa hati kerana itu lumrah sebagai artis. Paling penting kita ambil teguran itu positif dalam melakukan lebih baik pada masa hadapan," katanya.

Jadual Roslan penuh sehingga Jun depan.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Roslan berkata, selain sibuk mempromosikan Ek Eleh, You Siapa?, undangan persembahan pentas untuknya juga penuh sehingga Jun depan.

Bagaimanapun kata Roslan, rutin menjaga ibunya Mariam Kari, 77, tetap tidak diabaikan dan dia masih berulang-alik setiap minggu ke Singapura untuk bersama wanita berkenaan.

"Alhamdulillah, ini semua berkat saya menjaga ibu dan doa yang tidak putus-putus daripadanya untuk saya. Sesibuk mana pun saya, tanggungjawab menjaga ibu tetap saya laksanakan dan rutin berulang-alik ke Singapura tetap macam biasa.

"Undangan juga semakin banyak dan saya bukanlah terlalu memilih kerana setiap apa yang datang itu adalah rezeki daripada Allah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Roslan berkata, dia bakal bergandingan dengan penyanyi seperti Fazli Zainal, Ronnie Hussein, Sharifah Shahora, Arja Lee, Isma AF, Reen dan Zur Eda menerusi sebuah lagu raya.

Tags / Kata Kunci: Roslan Shah , Ek Eleh , You Siapa?

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan