Amerul Affendy Bela Kerbau, Tanam Pisang Demi Masa Depan

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 5:45 AM

Amerul akui mula minat dengan bidang pertanian dan penternakan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Amerul Affendi memberitahu dia kini menceburi bidang penternakan dan pertanian yang diusahakan secara serius bersama bapanya di Temerloh, Pahang.

Amerul atau nama sebenarnya, Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 30, berkata, ia merupakan salah satu perancangan awal daripada segi ekonomi dan masa depan keluarganya.

"Kita tahu pendapatan dalam bidang seni ini tidak menentu dan kita juga tidak tahu sampai bila boleh bekerja dalam industri ini, jadi saya cuba menceburi bidang pertanian dan peternakaan kerbau secara kecil-kecilan.

"Ini juga untuk masa depan keluarga dengan ekonomi pun tidak menentu, lebih baik saya bermula sekarang," ujarnya kepada mStar Online.

Amerul yang baharu memulakan bidang itu sejak beberapa bulan lalu kini sudah mempunyai hampir 30 ekor kerbau.

Selain itu, turut mengusahakan tanaman kelapa sawit dan pisang di tanah milik keluarga mereka.

"Alhamdulillah, kami beli sikit-sikit, seekor kerbau baru RM1,000 seekor yang kecil dan berhasrat untuk jual pada Hari Raya Haji nanti.

"Saya juga usahakan tanaman kelapa sawit dan pisang serta beberapa tanaman lain. Saya buat atas tanah keluarga serta pakcik saya yang tidak diusahakan sebelum ini," ujarnya.

Jelas Amerul, dia kerap pulang ke kampung halamannya itu bagi membantu bapa serta beberapa pekerja yang menguruskan ladang tersebut.

"Kalau tiada kerja saya akan berada di kampung untuk bantu apa yang patut, sekarang bapa saya yang uruskan dengan beberapa pekerja," ujarnya.

Dalam pada itu, Amerul yang memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia 27 (FFM27) menerusi filem Terbaik Dari Langit ini berkata, dia tidak pernah berharap untuk memeggang watak utama di mana-mana drama atau filem.

Katanya, biarpun mempunyai bakat dan ilmu dalam bidang lakonanan, Amerul sedar tidak mempunyai wajah yang kacak menyukarkan untuk memeggang watak utama.

"Saya tidak terfikir dan bermimpi untuk dapat jadi hero, saya tahu untuk main watak utama perlu pakej yang lengkap bukan sahaja ilmu dan bakat semata-mata," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amerul turut terlibat dalam menjayakan teater Bikers Kental arahan Nazrul Asyraff pada 23 hingga 31 Januari ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
Tags / Kata Kunci: Amerul Affendi

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan