Sufi AF2015 Rancang Mohon Taraf Penduduk Tetap

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 5:30 AM

Sufi bakal muncul album baharu pada tahun ini. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Sufi merancang untuk memohon status penduduk tetap (PR) negara ini tidak lama lagi.

Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid, 25, berkata, selepas menjuarai AF5, fokus kerja seninya banyak tertumpu di Malaysia dan perkara itu membuatkan dia ingin menetap di negara ini.

"Sekarang ini kerjaya seni saya banyak tertumpu di Malaysia dan perkara itu membuatkan saya perlu menetap di negara ini.

"Memandangkan rezeki saya di sini, saya rancang untuk memohon status penduduk tetap pula. Tetapi mengikut prosidur, saya perlu bekerja di negara ini untuk beberapa tahun sebelum membuat permohonan tersebut," katanya kepada mStar Online.

Sufi
Tambah Sufi, dia turut bersyukur apabila ibu dan bapanya memberi sokongan penuh terhadap kerjaya seni yang dilakukannya dan percaya keputusan mahu memohon status penduduk tetap negara ini pastinya tidak akan dihalang.

Sementara itu kata Sufi, tahun 2016 akan memberi satu impak besar buatnya lebih-lebih lagi dia bakal muncul dengan album baru.

"2016 adalah tahun untuk saya memberi fokus penuh pada kerjaya nyanyian saya.

"Ada juga beberapa projek besar yang akan saya buat nanti tetapi belum boleh diumumkan lagi.

"Bagaimanapun saya akan tampil dengan album baru dimana Edry (KRU) turut akan terbabit sama," ujarnya.

Ditanya adakah dia akan terbabit di bidang lakonan pula, kata Sufi dia akan menerima tawaran yang diberi selepas projek muziknya pada tahun ini selesai.
Tags / Kata Kunci: Sufi

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan