Hairul Azreen Perlahankan Bidang Seni, Fokus Empat Perniagaan

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 2:00 PM

Hairul dan isterinya Hanis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Hairul Azreen menafikan gosip kononnya dia enggan lagi terlibat dengan dunia lakonan sebaliknya memberi fokus terhadap empat bidang perniagaan yang dijalankan.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 27, berkata, sejak akhir-akhir ini dia banyak menolak tawaran lakonan terutamanya melibatkan drama bersiri dan perkara itu mungkin membuatkan ada pihak memberi tanggapan salah terhadapnya.

"Eh, tak mungkin saya akan berhenti berlakon dengan begitu sahaja kerana bidang ini adalah kerjaya yang saya sayang.

"Memang ramai penerbit dan pengarah menawarkan saya berlakon. Tetapi saya terlalu sibuk menguruskan perniagaan saya.

"Untuk tahun ini saja, saya sudah menolak enam tawaran. Tetapi saya sempat juga berlakon telefilem Jangan Ambil Botol Itu untuk siaran TV9 dan ia sudah pun disiarkan," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Stesen permainan Captain VR.

Sebuah laporan di akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Hairul kerap berdolak dalih dengan penerbit drama yang menawarkannya berlakon.

Perkara itu membuatkan ada yang beranggapan Hairul tidak lagi mengutamakan bidang lakonan.

Dalam pada itu, Hairul berharap agar tiada pihak yang terasa hati apabila tawaran yang diberikan kepadanya terpaksa ditolak kerana dia enggan dipersalahkan atas sikap tidak bersungguh-sungguh di kemudian hari.

"Nak ikutkan memanglah nak terima saja tawaran itu. Tetapi saya tidak mahu pada kemudian hari saya pula menyusahkan produksi kerana melewatkan proses penggambaran," ujarnya.

Sementara itu, kata Hairul dia kini menguruskan empat jenis perniagaan iaitu stesen permainan Captain VR yang terletak di Ipoh Perak,  studio penggambaran, Hello Studio dan jualan kemeja T, Malead  termasuklah jualan tudung Hanis, Cakenis.

Suami kepada aktres Hanis Zalikha itu berkata, memandangkan perniagaan tersebut masih lagi baru, dia perlu memberikan fokus dan komitmen penuh bagi mengukuhkan perniagaan berkenaan.

"Memang tahun ini saya banyak fokus dengan perniagaan. Maklumlah, sudah berkeluarga, saya perlu bekerja keras.

"Dan apabila ia sudah bermula, kita tidak boleh berhenti. Saya seorang akan berusaha dengan apa yang saya mahu. Alhamdulillah, apa yang diinginkan itu dapat," tuturnya.
Tags / Kata Kunci: Hairul Azreen

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan