Norman Hakim Lebih Faham Peminat Selepas 'Selfie' Dengan Rajinikanth

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2016 5:00 AM

Norman bersama bintang filem Tamil, Rajinikanth. Foto diambil daripada Instagram Norman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim menyifatkan peluang bergambar dengan bintang filem Tamil terkenal, Rajinikanth membuatkan dirinya lebih memahami peminatnya.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 39, menerusi akaun Instagram miliknya berkata, keadaan itu juga membuatkan dia turut menghargai peminat-peminat yang mahu bergambar dengannya selama ini.

"Terima kasih tuan (Rajinikanth) kerana membuatkan saya faham bagaimana perasaan seorang peminat yang mahu bergambar selfie. Semoga Tuhan merahmatimu.

"Dan semoga Allah merahmati saya sehingga ke syurga bersempena dengan sambutan hari lahir saya ini, Amin," katanya.

Norman kini berada di Chennai India sehingga 15 Januari ini untuk menjalani penggambaran filem Tamil, Kabali yang menampilkan superstar Rajinikanth.

Menerusi akaun Instagram Norman pada Jumaat lalu, dia cukup teruja apabila hasrat ingin bergambar dengan Rajinikanth tercapai lebih-lebih lagi dia turut diberi ucapan hari lahir oleh pelakon yang popular dengan filem  Talapathi itu.

"Ketika saya memperkenalkan diri 'Hello Tuan, saya Norman Hakim dari Malaysia', dia bangun dan menyambut salam saya dan berkata ' hi Norman, saya ada ke sana (Malaysia) baru-baru ini'.

"Kemudian saya terus bertanya bolehkah jika kami bergambar selfie sebagai tanda kenangan bersempena dengan hari lahir saya hari ini, dia terus jawab 'Selamat Hari Jadi.. Sini',"

Selain Norman, pelakon Datuk Rosyam Nor dan Zack Taipan turut terlibat dalam filem arahan Pa Ranjith itu. Filem tersebut juga bakal menemui penonton pada April ini.

Tags / Kata Kunci: Norman Hakim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan