Netflix Tawar Tiga Pakej Kepada Pelanggan Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2016 12:19 PM

Filem Jessica Jones turut dimuatkan dalam katalog Malaysia Netflix

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perkhidmatan strim video terbesar Netflix menawarkan tiga pakej kepada rakyat tempatan untuk menikmati pemilihan filem dan drama bersiri.

Tiga pakej tersebut ialah kadar asas iaitu RM 33, standard (RM42) dan premium (RM51).

Menerusi tawaran tersebut Netflix akan membariskan program-program bersiri dan Sitkom yang antaranya seperti Daredevil, Jessica Jones, Suits, Unbreakable Kimmy Schmidt, How To Get Away With Murder, Narcos dan Marco Polo termasuklah siri dokumentari Making Of A Murderer.

Bagaimanapun menurut jurucakap Netflix, tawaran program di Malaysia mempunyai perbezaan dengan Amerika Syarikat disebabkan oleh konflik perlesenan selain beberapa tajuk program berprofil tinggi seperti House Of Cards dan The Good Wife yang hilang dalam katalog.

"Di dalam dunia perlesenan kandungan secara tradisinya sering berpecah. Ia akan mengambil sedikit masa untuk membuat sesebuah tawaran yang selari.

"Sementara itu kami berusaha untuk menawarkan perkhidmatan menarik mengikut lesen siri dan filem yang disediakan," katanya kepada The Star.

Tambah jurucakap tersebut, Netflix pada masa sama juga telah memperluaskan tajuk program.

"Pada tahun 2016, kami rancang melaburkan USD5 bilion (RM22.1 bilion) bagi pengeluaran hak cipta bagi tajuk-tajuk program eksklusif.

"Ia termasuklah 30 program bersiri asli Netflix baru dan sebahagian besar ia disediakan khas untuk ahli Netflix," ujarnya.

Dalam pada itu Netflix juga merancang melancarkan lebih 10 filem asal selain menambah program-program khas kanak-kanak dan dokumentari.

Melihat kandungan tempatan dan antarabangsa, yang setakat ini masih kurang berbanding servis iFlix, yang dilancarkan pada Mei tahun lalu.

Netflix turut menawarkan barisan program Bollywood iaitu Piku serta filem-filem lama iaitu Hum Saath-Saath Hain (1999) dan Hum Aapke Hain Kaun (1994).

"Walaupun terdapat jumlah terhad kandungan tempatan disediakan di beberapa buah negara, pihak kami akan menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa mengikut populariti dan kehendak pelanggan.

Daripada segi kandungan produksi Malaysia dan Asia, Netflix masih lagi sedang berurusan dengan pihak terbabit untuk mendapatkan kandungan program daripada seluruh dunia.

"Netflix masih lagi berterusan mendapatkan kandungan program di seluruh dunia dan setakat ini pihak kami telah pun mempunyai siri dan filem dari Brazil, Kanada, Colombia, Perancis, Jepun, Itali, Sepanyol dan Britain, dan akan sentiasa meninjau projek-projek baru dan menarik yang akan untuk penonton global.

Selain itu Netflix Jepun turut terdapat dalam katalog Malaysia seperti Orange Is The New Black, Sense8 dan Bloodline. 

Sementara itu Netflix turut menyediakan fungsi kawalan ibu bapa bagi program-program berbentuk dewasa.

"Setiap pelanggan akan disediakan satu profil kanak-kanak apabila mendaftar. Netflix juga akan menyediakan kod pin agar memudahkan ibu bapa mengawal anak-anak yang menggunakan perkhidmatan kami," kata jurucakap berkenaan.

Tags / Kata Kunci: netflix

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan