Prism Berhad Jawab Tuduhan Freddie Soal Royalti

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 12:32 AM

Artis yang membuat persembahan di tempat awam layak menerima royalti persembahan mereka. Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Prism Berhad pada Khamis menafikan pengarah organisasi itu menerima RM320,000 manakala pekerja mereka RM330,000 sebaliknya satu jumlah lain sebagai ganjaran terhadap kerja yang dilakukan.

Penasihat Undang-Undangnya Nivash berkata, gaji pekerja yang dibayar ialah sebanyak RM252,631 manakala ganjaran pengarah ialah RM244,481 yang memperlihatkan perbezaan Prism berbanding organisasi kutipan royalti lain.

"Segala perbelanjaan telah dibentangkan kepada ahli-ahli oleh setiausaha syarikat dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 31 Disember lalu dan ia tidak dipersoalkan oleh ahli-ahli,”  katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online pada Khamis.

Terdahulu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez dalam kenyataannya kepada mStar Online Selasa lalu mendedahkan Prism Berhad yang merupakan ejen pengutip royalti bagi pihak pelaku membabitkan penyanyi dan pemuzik  telah membelanjakan sejumlah wang kepada pengarah dan pekerjanya.

Dakwanya, wang berkenaan masing-masing RM320,000 kepada pengarah manakala RM330,000 untuk pekerja sementara ahli-ahli organisasi itu hanya menerima bayaran royalti secara sama rata iaitu antara RM400 dan RM600.

Freddie Fernandez

Nivash dalam pada itu turut menyelar Freddie bagaimana beliau membangkitkan jumlah berkenaan sedangkan beliau tidak hadir pada AGM yang diadakan selain bukan ahli organisasi itu.

Katanya, Prism menguruskan kutipan royalti secara sendirian membabitkan beberapa jabatan dan pekerja dalam organisasi itu yang menjalankan tugas-tugas kutipan.

Ujarnya jika dibuat pecahan jumlah gaji yang dibayar dan jumlah jam pekerja, ia memperlihatkan satu jumlah yang masih rendah dalam soal pembayaran upah.

“Semasa AGM, kami telah membentangkan kepada ahli bagaimana cara bayaran dibuat dan kami juga menubuhkan satu jawatankuasa mengenai isu royalti. Apabila jawatankuasa berkenaan memberi penerangan, tiada ada apa-apa bantahan daripada ahli.,” katanya.

Tambah Nivash, jumlah RM400 dan RM600 yang diterima ahli-ahli Prism juga bukanlah royalti sebaliknya sebagai wang penghargaan atas susah payah mereka bersama organisasi itu.

Wang berkeaan katanya adalah daripada kutipan runcit dan bukan pungutan di syarikat-syarikat penyiaran ataupun sektor korporat lain yang memperlihatkan jumlah berkenaan tidak banyak menyebabkan kadar rata diberikan.

Dalam pada itu Navish menambah pihaknya berasa kesal apabila ahli-ahli Prism telah menggunakan saluran lain utnuk meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing kerana ia boleh mengganggu proses kutipan.

Sebaliknya beliau meminta agar ahli Prism menulis surat kepada pihaknya jika ada apa-apa perkara yang ingin dibangkitkan. 
Tags / Kata Kunci: Prism , Freddie , Karyawan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan