Kamera Lesap, A. Aida Kesal Jurukamera Cuai

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 12:30 PM

A.Aida menganggap Sheera sebagai kurang ajar dan tidak berdisplin

A.Aida

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit drama Datuk A.Aida menyifatkan kehilangan kamera penggambaran jenama Sony SS7 bernilai RM50,000 baru-baru ini adalah kerana kecuaian seorang jurukamera sambilan.

A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 45, berkata, sepatutnya sebagai seorang jurukamera, individu berkenaan perlu menjaga kamera yang digunakan itu seperti nyawa sendiri tetapi sebaliknya berlaku apabila ia ditinggalkan di dalam sebuah van tanpa sebarang pengawasan.

"Kamera itu hilang kerana kecuaian jurukamera itu sendiri. Dia pergi makan dan tinggalkan kamera berkenaan di dalam van.

"Kalau jurukamera syarikat saya, mereka akan bawa ke mana-mana sahaja. Sehinggakan tidur pun bersama kamera. Bagi saya kehilangan kamera ini pelik. Kejadian ini berlaku kerana tidak ada sikap tanggungjawab dan pihak berkenaan lalai," katanya yang dihubungi mStar Online.

Pada 11 Disember tahun lalu, kamera filem jenama Sony SS7 hilang dan dipercayai dicuri di dalam van ketika jurukamera sedang bersarapan di sebuah kedai makan.

Kejadian tersebut berlaku di lebuh raya MRR2 Hulu Kelang ketika menjalani penggambaran telefilem Kolam Cinta.

Inilah contoh kamera jenis Sony SS7

Kamera berkenaan adalah berkualiti tinggi dan boleh digunakan untuk penggambaran filem bagi mendapatkan visual menarik.

A.Aida juga telah membuat laporan polis dan menawarkan ganjaran RM20,000 kepada mana-mana individu yang menjumpai kamera milik syarikatnya itu iaitu A.Aida Production.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada pihak yang tampil memulangkan kamera berkenaan.

Sementara itu, A.Aida berkata, dia reda sekiranya kamera tersebut tidak dijumpai dan menyifatkan ia mungkin ada hikmah disebaliknya.

"Kalau tak jumpa, saya reda, mungkin bukan rezeki saya. Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan akan memastikan pekerja dalam produksi saya untuk memantau barang-barang produksi," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, A.Aida berkata syarikat produksinya akan menghasilkan kira-kira hampir 20 judul drama berkualiti pada tahun 2016.

"Daripada dulu sehingga sekarang, saya akan memastikan drama yang dihasilkan berkualiti, bukan sekadar mencari untung.

"InsyaAllah pada tahun ini, lebih banyak karya menarik dan berkualiti akan dipaparkan kepada penonton," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: A.Aida

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan